• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ALAWIAH DAN 11 ANAK TANPA AYAH

Puan Alawiyah binti Ismail  berusia 46 tahun, kehilangan suami akibat kemalangan jalanraya pada 5 Mei, 2018. Pemergian suami memberi tamparan hebat kepada beliau di mana tanggungjawab mendidik dan menjaga 11 orang anak terletak di bahu beliau yang bekerja sebagai guru KAFA dengan pendapatan RM800.00 sebulan. Arwah suami beliau sebelum ini hanya bekerja kampung sahaja. Mereka sekeluarga tinggal di rumah sewa dengan kadar RM100.00 sebulan. Seramai 9 daripada 11 orang anak beliau masih belajar iaitu 4 orang sekolah rendah, 4 orang sekolah menengah dan 1 orang belajar di Institut Pengajian Tinggi. Dua orang anak beliau telah bekerja iaitu sebagai pembantu kedai dan mekanik dan mereka inilah yang memberi sedikit sumbangan untuk membantu kelangsungan hidup keluarga ini. Di samping bantuan tunai segera,  pihak MAIK akan mengadakan perbincangan dengan pihak Pejabat Tanah & Jajahan Tanah Merah bagi mempertimbangkan bantuan rumah kediaman yang lebih selesa untuk keluarga mereka bergantung kepada status tanah. Biasiswa Tengku Anis MAIK juga akan dipertimbangkan kepada anak-anak puan Alawiah yang masih bersekolah.

Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan  kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2722
Kelmarin3041
Minggu Ini14884
Bulan Ini50263
Keseluruhan1095650

X