• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PERASMIAN KHATAM AL-QURAN DAN QIAM MASJID AL-MAWADDAH SIRI 1 DAN PELANCARAN SIRI 2 BERSAMA TIMBALAN YANG DIPERTUA MAIK

Pihak Pengurusan Darul Aitam bersama pelajar praktikum USM/UKM, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menganjurkan Majlis Perasmian Khatam Al-Quran Dan Qiam Masjid Al-Mawaddah Siri 1 Dan Pelancaran Siri 2 Bersama Timbalan Yang Dipertua MAIK di Masjid Al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP), Panji, Kota Bharu Kelantan pada 2 September 2018. Majlis ini disempurnakan oleh YABrs. Dr.Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK. Program ini dihadiri oleh Penghuni Darul Aitam Putera dan Puteri, Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran(MTQ) serta kakitangan KIJP/Darul Aitam, MTQ dan Perpustakaan Islam MAIK.

Program Perasmian Khatam Al-Quran Dan Qiam ini diadakan selaras dengan tuntutan TYDP MAIK agar para penghuni Darul Aitam dan pelajar MTQ di bawah tanggungan MAIK ini dapat menjadi role model terbaik kepada manusia sejagat dengan mempunyai akhlak yang hebat, cemerlang dalam bidang pengajian serta bermanfaat kepada orang lain.

Bagi memastikan hasrat TYDP MAIK terlaksana, para penghuni Darul Aitam dan pelajar MTQ seharusnya mempelajari dan mendalami hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w serta mengambil ikhtibar dari kisah-kisah pejuang Islam seperti Salahuddin Al-Ayyubi atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub yang berjaya menakluki Kota Baitulmuqaddis dan juga Sultan Muhammad II atau dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menawan Kota Constantinople dengan menjadi sebaik-baik sultan dan mempunyai sebaik-baik rakyat. Semua pihak hendaklah berganding bahu dalam memastikan anak-anak yatim dan para pelajar di sini dapat menjadi seorang yang cemerlang bukan sahaja di dunia malah di akhirat sana. Ibarat kata pepatah, dilempar ke laut menjadi pulau, dilempar ke hutan menjadi bukit, dilempar ke langit menjadi bintang. Selamat mengubah diri sendiri daripada tidak baik kepada baik.

 

Disediakan Oleh : Sukkma Bt Mohd Zain

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2304
Kelmarin2831
Minggu Ini2304
Bulan Ini63583
Keseluruhan1199948

X