• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PERKHIDMATAN

PUNGUTAN KHAIRAT / DERMA

PERKHIDMATAN : PUNGUTAN KHAIRAT / DERMA

Seksyen 67 (4) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 memperuntukkan bahawa seseorang yang memungut atau menjalankan sebarang usaha memungut wang atau apa-apa derma untuk tujuan khairat dengan tiada kebenaran bertulis daripada MAIK atau cuai daripada memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Majlis berhubung dengan perkara itu sebagaimana yang diperuntukan dalam enakmen ini, adalah bersalah atas satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan mengikut Seksyen 128 iaitu dikenakan denda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya atau boleh dihukum dibawah Seksyen 129 iaitu denda tidak melebihi RM 4,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali dan mahkamah boleh memerintahkan mana-mana wang atau harta yang dikumpulkan itu diserahkan kepada Baitulmal.

Mana-mana orang atau kumpulan orang-orang memungut wang atau apa-apa pemberian kerana khairat bagi kepentingan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut hukum Syarak.

SYARAT PUNGUTAN KHAIRAT / DERMA

  1. Mengisi borang permohonan kebenaran memungut derma khairat dengan lengkap
  2. Senarai Jawatankuasa Lembaga Pengelola (termasuk no kad pengenalan, alamat dan pekerjaan)
  3. Senarai nama-nama orang yang akan memungut derma (termasuk no kad pengenalan, alamat dan pekerjaan)
  4. Dua keping gambar berukuran passport setiap pemungut derma
  5. Sesalinan fotostat kad pengenalan setiap pemungut derma
  6. Kertas kerja projek
  7. Surat pengesahan tanah wakaf atau kebenaran pihak berkuasa berkenaan (sekiranya tanah adalah hak milik orang lain untuk diwakafkan perlu ada surat penyerahan yang telah dicop duti setem dan salinan geran tanah)
  8. Sesalinan fotostat buku akauan bank yang terkini
  9. Minit mesyuarat atau lain-lain surat sokongan
  10. Sesalinan fotostat pelan projek yang disahkan oleh arkitek yang bertauliah
  11. Surat kelulusan pembinaan/ubahsuai dari bahagian Pembangunan MAIK sekiranya masjid berkenaan adalah masjid mukim.

SYARAT MENYAMBUNG PUNGUTAN KHAIRAT / DERMA

  1. Surat permohonan untuk menyambung pungutan derma
  2. Penyata kira-kira kutipan terkini daripada bank atau yang disahkan oleh pemeriksa kira-kira Jawatankuasa yang dilantik
  3. Gambar-gambar projek yang telah siap dibuat berdasarkan kepada pungutan yang lepas
  4. Bukti pembelian barang-barang projek yang telah digunakan hasil kutipan yang lepas
  5. Kaki resit yang lepas.

 

Sistem e-Khairat ini dibangunkan oleh Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) dan digunapakai oleh semua Majlis Islam Negeri (MAIN).Tujuan utama sistem dan portal ini adalah untuk kemudahan dan manfaat masyarakat supaya tidak tertipu dan tidak mensia-siakan sumbangan wang yang disedekahkan demi kepentingan agama, namun disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai boleh membuat semakan di


 
  • UNIT PENGURUSAN AM
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Kompleks Balai Islam, Lundang
    Jalan Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu, Kelantan

  • Telefon : +609 7481512

  • Faks : +609 7485512

  • Emel : pentadbiran@e-maik.my

  • Waktu Berurusan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini962
Kelmarin1383
Minggu Ini7957
Bulan Ini40131
Keseluruhan253585

X