• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PERUTUSAN

YABRS TIMBALAN YANG DIPERTUA MAIK

PERUTUSAN YABRS TIMBALAN YANG DIPERTUA MAIK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izin serta petunjukNya, MAIK yang ditubuhkan pada tahun 1915 telah mencapai usia se dekad pada 17 Safar 1434 H.

Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang dinamik merupakan satu ketandaan yang MAIK bergerak selaras dengan peredaran arus teknologi. Teknologi Maklumat (IT) telah berkembang kepada Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) menunjukkan bahawa komunikasi merupakan elemen penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi. MAIK merupakan institusi yang berdamping rapat dengan masyarakat memerlukan satu platform elektronik yang interaktif bagi membolehkan sistem penyampaian disempurnakan sebaiknya.

Portal Rasmi MAIK ini merupakan satu saluran penyebaran maklumat secara elektronik yang boleh diakses secara cepat, mudah dan telus. Melalui portal ini juga MAIK menyediakan pelbagai perkhidmatan atas talian (online) bagi mencapai visi kami iaitu menjadi sebuah organisasi pengurusan wang zakat dan pengurusan harta baitumal dan wakaf yan terunggul di Malaysia.

Akhir kata, syabas kepada warga kerja MAIK diatas komitmen membangunkan Portal Rasmi ini dan saya selaku Timbalan Yang Dipertua MAIK mengucapkan Selamat Datang kepada mereka yang melayari Portal kami dan mengalu-alukan respon yang membina dari semua pihak bagi membantu kami melaksanakan tugas dan tanggungjawab sekaligus memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik bagi manfaat kita bersama.

SYARIAT ALLAH MEMBIMBING RAJA DAN RAKYAT SEPANJANG ZAMAN

DR. HAJI NIK MOHD AZLAN BIN ABD HADI
TIMBALAN YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Bertarikh : 14 JANUARI 2016

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini436
Kelmarin975
Minggu Ini8267
Bulan Ini30143
Keseluruhan138504

X