• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

PROFIL

YANG TERAMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROFIL YANG TERAMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah mengampuni perkenan melantik adinda baginda, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra (Tengku Mahkota Kelantan) menjadi Yang Dipertua baharu Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi menggantikan YABhg. Dato' Haji Wan Mohamad bin Wan Konok yang telah dilantik sebagai Penasihat kepada Yang Teramat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK pada 21hb Jun 2009. Menuruti sejarah, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra merupakan Yang Dipertua MAIK yang ke 17 semenjak penyandang Yang Dipertua pertama dilantik pada penghujung tahun 1915.

LATARBELAKANG

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah di puterakan di Kota Bharu pada 20hb Januari 1974. Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ialah putera Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid. Yang Teramat Mulia Tengku ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri: Tengku Muhammad Faris Petra (sekarang KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V), Tengku Muhammad Fakry Petra , dan Tengku Amalin A'Ishah Putri. Pada 20hb Mac 1989, Yang Teramat Mulia Tengku telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan Hari Ulang tahun ke-30 Keputeraan KDYMM al-Sultan Kelantan

PENDIDIKAN

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (II) Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, Yang Teramat Mulia Tengku berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3A-Level, Yang Amat Mulia Tengku menyambung pelajaran peringkat tingginya di London School Economics. Yang Amat Mulia Tengku telah lulus dengan meraih ijazah B.A dalam bidang History. Semasa di London, Yang Teramat Mulia Tengku sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Italian Language and Literature pada peringkat "beginner and Intermediate".

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan Yang Teramat Mulia Tengku. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, Yang Teramat Mulia Tengku terus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi. Yang Teramat Mulia Tengku telah memilih Universiti College of London bagi menyambung pelajaran peringkat M.A dan berjaya mendapat ijazah M.A dalam jurusan Ancient History. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, Yang Teramat Mulia Tengku telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL Ancient History. Tidak cukup dengan ijazah M.A, Yang Teramat Mulia Tengku turut menyambung pelajaran ke peringkat Ph.D dalam bidang yang sama dan telah memperolehi ijazah Ph.D tersebut pada Ogos 2013. Masa lapang Yang Teramat Mulia Tengku diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, Yang Teramat Mulia Tengku sangat berminat dalam permainan bola sepak.

YANG DIPERTUA MAIK YANG KE 17

Sesungguhnya pemilihan Yang Teramat Mulia Tengku sebagai Yang Dipertua MAIK memang cocok dengan tahap pendidikan tinggi dan kelayakan yang dimiliki Yang Teramat Mulia Tengku. Syabas.

Sehubungan dengan perlantikan tersebut, pada 5hb Julai 2009, Teramat Mulia Tengku telah berangkat ke pejabat MAIK bagi memulakan tugas sulungnya selaku Yang Dipertua MAIK, seterusnya mempengerusi Mesyuarat Ahli Majlis Agama Islam Kelantan kali yang ke-877/bilangan 2 Tahun 2009.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini958
Kelmarin1383
Minggu Ini7953
Bulan Ini40127
Keseluruhan253581

X