ASNAF-ASNAF ZAKAT

Asnaf-asnaf yang layak menerima zakat terdiri daripada :


1. Asnaf Fakir

  • Seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya.

2. Asnaf Miskin

    • Seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha atau pendapatan dari sumber-sumber lain yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang dibawah tanggungannya.


3. Asnaf Amil

  • Mereka yang terlibat secara langsung dengan Institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Asnaf Muallaf

  • Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kencenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada empat:-
  1. Baru memeluk agama Islam
  2. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
  3. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang dibawah pimpinannya.
  4. Orang-orang yang memeluk Islam yang tinggal diperbatasan yang berhampiran dengan negara musuh


5. Asnaf Al-Riqab (Hamba)

  • Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Asnaf Al-Gharimin (Orang yang Berhutang)

  • Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syara'.

7. Asnaf Fisabilillah (Berjuang Pada Jalan Allah)

  • Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwah Agama Islam serta kebajikannya.

8. Asnaf Ibnussabil (Musafir Terkandas)

  • Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum syara' dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

     


     

     

     

     

     

     

    Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

    HUBUNGI KAMI

     Majlis Agama Islam Dan
     Adat Istiadat Melayu Kelantan
     Kompleks Balai Islam
    Lundang,15200 Kota Bharu, Kelantan
    Talian Bebas Tol : 1-800-88-6060

    No Telefon : 09-7481512
    No Faks : 09-7485512
      maik@e-maik.my

    webmaster@e-maik.my


    JUMLAH PELAWAT

    mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
    mod_vvisit_counterHari ini :108
    mod_vvisit_counterSemalam :134
    Online : 2

    WAKTU SOLAT

    [ Tukar Kawasan ]
    Tutup