faq lokasi aduan peta


PREMIS WAKAF

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Image

Premis Perniagaan di Jalan Wakaf Siku, Kota Bharu, Kelantan

Premis perniagaan yang terletak di Jalan Wakaf Siku, Kota Bharu merupakan premis di bawah kawalan MAIK yang dimanfaatkan untuk sewaan kepada penyewa yang terpilih. Hasil sewaan premis ini akan disalurkan kepada Surau Al-Falah sebagaimana niat asal pewakaf tanah ini.
Image

Bangunan Perniagaan Jalan Dato Lundang, Kota Bharu, Kelantan

Premis perniagaan dua (2) tingkat yang terletak di Jalan Dato Lundang Kota Bharu adalah premis wakaf yang diberi sewa, yang mana hasil daripada sewaan premis ini disalurkan untuk kebajikan umat islam
Image

Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri, Kota Bharu, Kelantan

Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri merupakan antara pembangunan bagi manafaat kebajikan yang telah dibina diatas tanah Wakaf Sultan Mansor. Sistem pendidikan yang baik di sekolah ini, banyak melahirkan para ilmuan dan pelajar yang berpendidikan tinggi.
Image

Bangunan Perniagaan Wakaf Zurri Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan

Bangunan perniagaan di Jalan Kelocor Kota Bharu merupakan antara pembangunan yang dibina di atas tanah wakaf . Tanah Wakaf ini telah diwakafkan oleh Almarhum Tengku Kaya Pahlawan yang juga antara pewakaf terawal di Negeri Kelantan iaitu sejak tahun 1921. Bangunan ini telah dimanafaatkan dengan aktiviti kemahiran kepada asnaf dan anak lepasan persekolahan yang berminat melalui Bengkel Jahitan MAIK. Bengkel ini menyediakan pelbagai kemahiran menjahit pakaian lelaki dan wanita termasuk sulaman. Hasil daripada sewaan premis ini diagihkan sebagaimana niat pewakaf Tengku Kaya Pahlawan iaitu 1/10 untuk kebajikan dan 9/10 untuk zuriyat pewakaf ini.
Image

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu, Kelantan

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP) yang bertempat di Panji, Kota Bharu merupakan hasil cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra. Kompleks ini telah dibina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar yang diwakafkan oleh al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan. Perasmian kompleks ini telah disempurnakan oleh baginda pada 11 November 2006.
Kompleks ini memainkan peranan penting dalam mempertingkat dan memperkembangkan kerja-kerja kebajikan serta pembangunan ilmu.

Selain menjadi tempat tumpuan aktiviti-aktiviti keagamaan serta Kelas Saudara Baru, kompleks ini turut menempatkan dua entiti utama yang terdiri daripada penghuni Darul Aitam Putera dan juga Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.
Image

Bangunan Bazar Wakaf Rakyat, Kampung Getting Tumpat, Kelantan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sentiasa aktif dalam membantu masyarakat melalui program dan pembangunan yang bermanafaat kepada masyarakat dalam pelbagai sektor ekonomi, keagamaan, sosial dan pendidikan. Pembinaan Bazar Wakaf Rakyat yang terletak di Kampung Getting Tumpat merupakan pendekatan baik yang dilaksanakan kepada golongan asnaf dalam menjana ekonomi keluarga dan seterusnya memupuk kemampuan mereka ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing. Bangunan perniagaan dua tingkat ini disediakan bukan sahaja membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk menjana ekonomi keluarga mereka, malah turut menyalurkan manfaatnya kepada seluruh umat Islam. Antara perniagaan yang aktif dilaksanakan di bazaar ini adalah perniagaan makanan, rumah tumpangan dan kedai serbaneka.
Image

Premis Kediaman Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan

Antara hartanah wakaf dibawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan adalah kediaman wakaf yang terletak di Pintu Geng Kota Bharu. Kediaman wakaf ini diberi sewa dengan kadar yang berpatutan dan hasilnya disalurkan kembali untuk kebajikan umat Islam.
Image

Bangunan Perniagaan Di Jalan Che Su, Kota Bharu, Kelantan

Bangunan perniagaan dua (2) tingkat yang terletak di Jalan Che Su Kota Bharu adalah bangunan wakaf yang diberi sewa dan hasil sewaannya disalurkan kepada Tabung Yayasan Pengajian Tinggi (TYPT) yang mana wang daripada tabung ini diagihkan kepada pelajar yang menyambung pengajian ke luar Negara.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini28
Kelmarin3328
Minggu Ini16508
Bulan Ini106682
Jumlah Pengunjung22991286