faq lokasi aduan peta


JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAIK-TARIKH TUTUP SEBELUM ATAU PADA 18 NOVEMBER 2021

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 2021

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut :

BIL
JAWATAN
GRED
TARAF
BILANGAN KEKOSONGAN
SYARAT KELAYAKAN
1 Pegawai Hal Ehwal Islam (Pegawai Penyelidik) S41 Kontrak 1 Syarat
2 Pustakawan S41 Kontrak 1 Syarat
3 Penolong Akauntan W29 Kontrak 1 Syarat
4 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 Sambilan 1 Syarat
5 Pembantu Pustakawan S19 Kontrak 1 Syarat
6 Juruteknik Komputer FT19 Kontrak 1 Syarat
7 Pemandu Kenderaan H11 Tetap 1 Syarat

 

GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

 

HAD UMUR PELANTIKAN PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN

1) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun; atau

2) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

3) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 

CARA MEMOHON

1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didapati DI SINI  atau mengambil  sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat  Istiadat Melayu Kelantan.

2) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2020 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

3) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

4)  Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

 

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 18 NOVEMBER 2021

 

PERKARA AM

1)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2)  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1084
Kelmarin3091
Minggu Ini14531
Bulan Ini85905
Jumlah Pengunjung22970509