faq lokasi aduan peta


SOALAN LAZIM

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

Search FAQs
View all frequently asked questions

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Sumber Manusia di hr [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Iklan kekosongan jawatan akan dipaparkan dari semasa ke semasa

Pelajar yang berminat untuk menjalani latihan praktikal di MAIK bolehlah menghantar surat permohonan untuk menjalani latihan kepada MAIK atau emelkan permohonan kepada Unit sumber Manusia di hr@e-maik.my

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Kewangan di kewangan [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tertakluk kepada Pekeliling Pentadbiran MAIK Bilangan 1 Tahun 2011 bertarikh 27 Januari 2011, pengambilan cek-cek di MAIK perlulah dipatuhi sebagaimana berikut :

Pengambilan Cek oleh Penerima :

Penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK
Penerima cek perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek di senarai pembayaran dengan mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh pengambilan cek

Pengambilan Cek Oleh Ibu/Bapa

Sekiranya penerima tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil cek, penerima cek boleh mewakilkan kepada ibu/bapa untuk mengambil cek bagi pihak dirinya

Ibu/Bapa kepada penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan beserta dengan salinan kad pengenalan penerima cek bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK

Ibu/Bapa kepada penerima cek perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek di senarai pembayaran dengan mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh pengambilan cek.

Pengambilan Cek Oleh Wakil Selain Daripada Ibu/Bapa

Sekiranya penerima cek atau ibu/bapa kepada penerima tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil cek, penerima cek boleh mewakilkan kepada individu yang dikenalinya dengan melampirkan surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh penrima cek dan wakil yang mengambil cek.

Individu yang mewakili penerima cek perlu mengemukakan kad pengenalan beserta dengan salinan kad pengenalan penerima cek bagi tujuan semakan oleh kakitangan MAIK.

Individu yang mewakili penerima cek perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek di senarai pembayaran dengan mencatatkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh pengambilan cek.

Pengambilan Cek Oleh Pembekal /Wakil Syarikat Pembekal

Pembekal/kakitangan syarikat yang hadir bagi mengambil cek syarikat perlu menandatangani ruangan akuan penerimaan cek dan dicop dengan 'rubber stamp' syarikat serta mencatatkan nama dan no kad pengenalan masing-masing.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Zakat di zakat [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Cara Bayaran 01 : Membayar di Kaunter Zakat Pejabat MAIK

Cara Bayaran 02 : Membayar melalui Skim Potongan Gaji

Cara Bayaran 03 : Membayar zakat melalui Pos Malaysia Berhad

Cara Bayaran 04 : Membayar melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bimb)

Cara Bayaran 05 : Bayaran zakat di kaunter Pejabat Pos

Cara Bayaran 06 : Bayaran zakat melalui internet Banking

Cara Bayaran 07 : Membayar menerusi Portal MAIK (e-Zakat Payment) - www.e-maik.my

Cara Bayaran 08 : Membayar zakat di Pusat Mini Pungutan Zakat MAIK

Cara Bayaran 09 : Membayar melalui kaunter Zakat Bergerak

Cara Bayaran 10 : Membayar melalui aplikasi mobile (MyMAIK e-Zakat Payment)

Cara Bayaran 11 : Membayar di kaunter MAIK, UTC Kota Bharu (Tingkat 2)

Ya, pembayaran zakat boleh dibuat kepada maik walaupun bekerja di luar Negeri Kelantan.

Pembayaran zakat melalui skim potongan gaji MAIK:-

o Prosedur Bayaran

Pembayar hendaklah mengisi borang bayaran zakat melalui potongan gaji yang disediakan oleh MAIK (terdapat 3 salinan) denagn mendapatkan pengesahan majikan dan menghantar semula kepada MAIK

MAIK akan berurusan dengan pejabat gaji atau majikan pembayar untuk pelaksanaan potongan gaji.

Setelah maik menerima bayaran melalui skim potongan gaji, MAIK akan mengeluarkan penyata bayaran zakat kepada para pembayar 1 kali setahun.

Borang Skim Potongan Gaji MAIK boleh di muat turun melalui Portal Rasmi MAIK di sini

Permohonan untuk mendapatkan penyata bayaran zakat tahunan boleh menerusi emel kepada zakat@e-maik.my atau berhubung terus dengan kakitangan Unit Zakat di talian 09-7481512.

Kemaskini alamat boleh menerusi emel kepada zakat@e-maik.my atau berhubung terus dengan kakitangan Unit Zakat di talian 09-7481512.

Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada:
i. 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) atau;
ii. Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan(berdasarkan perbelanjaan Dharuriat).

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Zakat di zakat [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Tidak sah kerana suami sudah wajib memberi nafkah kepada isterinya

Sah kerana adik tidak menanggung nafkah abangnya

Boleh dan sah diberikan atas asnaf amil, hamba mukaatab, berhutang dan berperang. Dibenarkan dan sah memberi zakat sekiranya mereka itu termasuk daripada golongan asnaf yang boleh menerima zakat seperti orang yang berhutang, amil, fi sabilillah dan selainnya sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya:

Para Ashab Syafie’yyah menyebut, dan diharuskan memberi (zakat) kepada anak dan bapanya daripada bahagian golongan amil zakat, al-mukatibin (golongan dalam perjanjian), golongan yang berhutang dan golongan yang berperang apabila memiliki sifat-sifat tersebut. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/229)

Selain itu, di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan, sekiranya mereka (ahli keluarga) bukan daripada golongan fakir atau miskin, seperti golongan berhutang atau musafir, orang yang menanggung nafkah mereka dibenarkan memberi zakat harta kepada mereka sebagai golongan yang disifatkan tersebut. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab Imam al-Syafi'e, 2/65).

Jumhur ulama' (Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah) menyatakan bahawa adalah wajib untuk dikeluarkan dalam bentuk nilainya (qimah) dan bukannya dalam bentuk barang yang diperdagangkan. (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al Islami wa Adillatuhu, 2/794-795)

Zakat hanya boleh diagihkan kepada Individu Muslim yang merdeka sebagaimana disebut dalam kitab Al-Bughyah Al-Mustarsyidin" sebagaimana nasnya “Tidak berhak masjid sesuatu daripada zakat, kerana zakat itu tidak harus diagihkan padanya kecuali kepada seorang individu muslim yang merdeka" (Rujuk Al-Bughyah Al-Mustarsyidin m/s 106)

Tidak dibolehkan kerana amil zakat telah dibayar habuan amil

Harus membuat pembayaran zakat sebelum cukup haul kecuali zakat fitrah yang hanya boleh dibayar sebaik sahaja masuknya bulan Ramadan

Zakat yang dibayar tetap sah tetapi perbuatan tersebut berdosa kerana menyalahi arahan pemerintah agar rakyat membayar zakat kepada pemerintah / ulil amri

Haul ialah tempoh nisab harta berada dalam simpanan sebelum ditunaikan zakatnya, iaitu 12 bulan mengikut kalendar Hijrah. Secara umum haul bagi zakat harta adalah satu tahun hijrah bersamaan 354 hari. Walau bagaimanapun demi kemaslahatan umum, haul yang dikira mengikut kalendar Masihi masih boleh diterima dengan mengambil kira perbezaan jumlah hari tersebut

Pemberian zakat kepada orang bukan Islam adalah dilarang sama sekali menurut pandangan Imam Syafie. Begitu juga dengan alim ulama' feqah dalam Mazhab Syafie, kesemuanya menyatakan pendapat yang serupa termasuklah Imam Al-Syirazi dan Imam Nawawi.

Walau bagaimana pun ada juga ulama' yang membenarkan pemberian zakat kepada non-Muslim kerana ia termasuk dalam golongan ‘Muallaf Qullubuhum’, iaitu mereka yang ingin dijinakkan hati mereka. Menurut pendapat mereka, peruntukan ini termasuklah mualaf dan mereka yang masih belum memeluk Islam.

 Antara ulama' yang menyatakan keharusan memberikan zakat kepada orang bukan Islam ialah seperti Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, Dr. Abd Karim Zaidan dan Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar.

Ya, boleh diperawalkan bayaran zakat (digalakkan) dengan cara membayar terus atau boleh juga menunggu tempoh haul setahun

Menurut pandangan Imam al-Syafie r.h.m, pemilik harta yang memberi hutang kepada orang kaya wajib membayar zakatnya setiap tahun walaupun belum menerimanya. Ini adalah disebabkan kuasa menuntut dan keupayaan membayar oleh pihak berhutang dan kemungkinan melakukan tasarruf pada harta tersebut. Ia sama seperti barang wadiah (yang ditumpangkan atau ditinggalkan pada jagaan seseorang)

Pengiraan zakat padi adalah mengikut cara penanaman padi berkenaan. Bagi padi yang ditanam menggunakan jentera serta menggunakan air hujan, zakat yang dikenakan adalah pada kadar 10% daripada hasil tuaian. Nisab bagi zakat padi adalah pada kadar 5 Ausuq (937.5kg). Waktu tunai zakat adalah sebaik sahaja hasil tuaian diperolehi

Ya, wajib membayar Zakat Perniagaan walaupun mengalami kerugian jika nilai harta perniagaan tersebut masih mencukupi / melebihi nisab tahunan

Tidak sah kerana binaan / bangunan tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat

Zakat simpanan merujuk kepada jumlah wang terkumpul yang melebihi nisab selama setahun. Manakala zakat pendapatan dikenakan ke atas pendapatan tetap seseorang yang melebihi nisab

Tidak, hanya barangan yang diniatkan untuk dagangan sahaja diambil kira dalam pengiraan zakat perniagaan

Tidak dikenakan zakat ke atas harta-harta tersebut tetapi dikenakan zakat ke atas pendapatan yang diperolehi daripada hasil sewaan yang disimpan mengikut syarat-syarat

Tidak sah, kerana orang yang ingin menunaikan umrah / haji tidak termasuk asnaf yang layak menerima zakat

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Zakat di zakat [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-7481512.

Harta perniagaan akan dikira berasaskan nilai-nilai yang terdapat dalam kunci kira-kira sesebuah perniagaan atau taksiran inventori yang ada.

Penghutang perdagangan atau Akaun belum terima akan dizakatkan apabila diyakini penghutang tersebut akan membayar balik ataupun ada bukti-bukti yang membolehkan hutang tersebut dikutip semula adanya cagaran,surat jaminan bank dan sebagainya.Bagi kes penghutang yang diragui kutipannya,zakat tidak dikenakan ke atasnya.

Menurut Imam Syafie,tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab atau tidak.Menurutnya orang yang berhutang wajib membayar zakat kerana harta yang diperolehi dengan cara hutang dianggap harta sendiri kerana peminjam berhak untuk menggunakan mengikut kehendaknya jika harta itu menjadi miliknya dan sumber untuknya.

Komponen dalam aset semasa boleh berpunca sama ada daripada modal (ekuiti) atau pinjaman pelaburan atau aktiviti jual beli. Maka pada tarikh taksiran zakat perniagaan dilakukan, hanya item-item aset semasa yang cukup syarat milik sempurna akan dikenakan zakat setelah mengambil kira tolakan, pengecualian dan pelarasan yang dibenarkan. Sebab itu dapat diperhatikan bahawa syarikat yag rugisekali pun mungkin mempunyai aset milik sempurna yang cukup syaratnya dan cukup nisab, seterusnya wajib membayar zakat.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Baitulmal di talian 09-7481512.

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa Ramadan atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) Ramadan sebelumnya.

Baca Lagi

Antara sumber-sumber Baitulmal :

  • Sumbangan Kerajaan
  • Pemberian (Hibah)
  • Derma / faedah bank
  • Harta Luqatah (barang yang ditemui)
  • Harta pusaka yang ditentukan faraidh terhak kepada Baitulmal
  • Wang / harta tidak patuh syariah

Pemohon yang berminat untuk menyewa premis Baitulmal MAIK perlu mengisi Borang Permohonan Sewaan Premis. Borang ini boleh didapati di kaunter Baitulmal MAIK atau muat turun borang melalui Portal Rasmi MAIK

Luqatah adalah barang yang ditemui, disesuatu tempat yang bukan milik seseorang. Misalnya, seorang muslim menjumpai akan sesuatu barang lalu ia khuatir tersia-sia barang itu, kemudian ia memungutnya. contohnya emas, jam, dan lain-lain

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Waqaf di talian 09-7481512.

MAIK sedaya upaya akan membuat lawat siasat terhadap aduan kerosakan bangunan MAIK dalam tempoh 2 minggu.

Cara mewakafkan hartanah ialah dengan menulis surat rasmi permohonan kepada pihak MAIK bersama-saa dokumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Resit Hasil Tanah terkini
  • Salinan Geran Tanah
  • Surat Cara Wakaf

Boleh. Jemaah Ulama mengharuskan berwakaf dalam bentuk wang tunai. Pihak MAIK menerima pewakafan wang tunai dan akan menukarkannya dalam bentuk harta kekal (Bangunan/hartanah). Sumbangan Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui kaedah berikut :-

  • Kaunter Wakaf di MAIK
  • Sumbangan menerusi Portal MAIK e-waqaftunai di www.e-maik.my atau waqaf.e-maik.my
  • Bank Islam : 03-018-01-016270-3 *sila hantar salinan slip bank ke pejabat MAIK beserta borang sumbangan waqaf tunai
  • Cek diatas nama : Majlis Agama Islam Kelantan *sila lampirkan borang sumbangan waqaf tunai

Status pewakafan atau pengesahan tanah wakaf boleh dibuat dengan menghantar surat rasmi perkara berkaitan dengan melampirkan doumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan Pewakaf
  • Salinan Geran
  • Pelan Akui daripada JUPEM
  • Salinan Borang 12A/12B
  • Apa-apa dokumen berkaitan tanah daripada Pejabat Tanah Jajahan berkaitan.

Terdapat 4 Kategori iaitu :-

  • Wakaf Am / Keagamana
  • Wakaf Kesihatan
  • Wakaf Pendidikan
  • Saham Wakaf / Pembangunan Projek

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Projek di talian 09-7481512.

MAIK telah menyediakan borang permohonan khusus bagi permohonan penyelenggaraan masjid dan surau di jajahan negeri kelantan. Walau bagaimanapun, pemohon juga boleh mengutuskan surat kepada maik bagi memaklumkan hasrat bagi pembaikian masjid dan madrasah berkenaan.

  • MAIK mambantu menyalurkan sumbangan kepada rumah ibadat ini melalui beberapa kaedah seperti sumbangan kewangan. Contoh sumbangan yang dipertimbangkan oleh
  • MAIK adalah seperti membaikpulih dan menaiktaraf tandas, pendawaian semula elektrik, mengecat semula bangunan, membina pagar masjid dan lain-lain.
  • Selain itu juga MAIK turut membekal dan memasang permaidani, alat siaraya dan papan tanda kepada masjid dan surau di seluruh jajahan negeri kelantan.
  • MAIK juga memperuntukan dana bagi membina dan membaik pulih pagar perkuburan islam.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak di talian 09-7715772.

Permohonan bolehlah dibuat dengan menghantar surat permohonan kepada pihak pengurusan MAIK beralamat di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang selewat-lewatnya dua minggu sebelum program. Bagi pengguna dalaman, bolehlah mengisi borang yang telah disediakan.

Boleh. Namun, surat permohonan perlulah dihantar segera.

Buat masa sekarang, tempahan untuk penggunaan dan penyewaan kemudahan-kemudahan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra adalah terhad kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri serta bagi program kerjasama dengan MAIK.

Tidak. Penggunaan Dewan Utama di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra bagi tujuan kenduri adalah tidak dibenarkan.

Antara kemudahan yang terdapat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra ialah Dewan Utama, Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Bilik Penginapan, Rumah Tamu, Masjid, dan Asrama.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Pengurusan Darul Aitam di talian 09-7715772.

Pemohon yang berminat dan layak bolehlah membuat permohonan melalui imam mukim masing-masing. Permohonan ini hendaklah dihantar ke pejabat Daru l Aitam untuk ditapis. Lawat siasat akan dilaksanakan sebelum panggilan temuduga dibuat. Tapisan kedua akan dibuat melalui temuduga yang dibuat.

Penghuni Darul Aitam akan diberi kemudahan tempat tinggal di asrama, perbelanjaan keperluan sekolah, wang saku persekolahan, kemudahan pembelian buku, kelas tuisyen, dan lain-lain yang menjadi keperluan.

Ya, boleh. Ibu/penjaga dibenarkan melawat penghuni pada hujung minggu.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Penerbitan di penerbitan [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 09-746 2349

Terdapat 3 cara pembayaran buku iaitu :

  1. Secara tunai
  2. Secara bank-in iaitu ke nombor akaun CIMB Islamic ke nombor akaun 031000137101 atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN
  3. Secara cek atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN

Penerbitan buku MAIK telah bermula sejak tahun 1917 dengan judul pertamanya “Kitab Jalan Sejahtera”. Sehingga kini (2023), terdapat 137 judul buku yang telah diterbitkan oleh MAIK. Namun, jumlah judul buku baru akan sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa.

Terdapat tiga (3) kategori terbitan MAIK, iaitu:

  1. Penerbitan Buku Umum
  2. Penerbitan Buku Percuma
  3. Penerbitan Majalah Pengasuh

Tempahan boleh dibuat melalui:

  1. Pembelian di kaunter buku Unit Penerbitan, Perpustakaan MAIK.
  2. Tempahan secara atas talian melalui whatsapp: 017-9743347 (En. Zaki)
  3. Mengisi borang langganan Majalah Pengasuh

Langganan majalah Pengasuh boleh dibuat dengan mengisi borang langganan majalah pengasuh yang boleh di MUAT TURUN di Portal Rasmi MAIK atau yang terdapat dalam majalah pengasuh yang dibeli. Langganan juga boleh dibuat menerusi whatsapp: 017-9743347 (En. Zaki).

Proses pengeposan akan dibuat selepas 1-2 hari daripada tarikh pembayaran dibuat, manakala penerimaan buku kebiasaannya akan mengambil masa 2-3 hari bekerja.

Setiap pembelian akan mendapat potongan harga dari 10% - 60% tertakluk kepada judul dan jumlah buku yang telah ditetapkan oleh pihak MAIK.

Untuk menerbitkan bahan penulisan buku/artikel, boleh hubungi Pegawai Penerbitan MAIK di talian: 09-7462349 atau menerusi Pejabat Penerbitan MAIK, Banggunan Perpustakaan MAIK, Jalan Tok Hakim, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Unit Perpustakaan di perpustakaan [at] e-maik [dot] my atau berhubung terus di talian 609-746 2348.

Perpustakaan MAIK merupakan sebuah perpustakaan khusus dibawah pengurusan MAIK, dibuka untuk semua lapisan masyarakat.

Koleksi Perpustakaan MAIK merangkumi pelbagai bidang pengajian termasuk kitab hadis, feqah, tafsir, akidah, koleksi kertas kerja dan kajian ilmiah. Selain itu, terdapat juga koleksi terbitan MAIK seperti majalah Pengasuh, Laporan Tahunan MAIK, Buletin MAIK dan lain-lain.

Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warganegara asing yang mempunyai dokumen perjalanan sah. 

Anda boleh menyemak akaun keahlian peribadi anda termasuk menyemak status keahlian, maklumat status transaksi akaun anda, tempahan bahan, rekod pinjaman serta buku-buku terkini. Sila layari laman ini (http://perpustakaan.e-maik.my/) untuk menyemak akaun anda.

Seorang ahli boleh meminjam dua (2) naskhah bahan perpustakaan sahaja selama tempoh dua (2) minggu.

Boleh. Pengguna boleh membuat pembaharuan melalui telefon ke kaunter perkhidmatan. Walaubagaimanapun, pembaharuan melalui telefon boleh dilakukan hanya satu (1) kali sahaja bagi tempoh pinjaman satu (1) minggu. Bagi pembaharuan atas talian, pengguna perlu mengakses laman ini (http://perpustakaan.e-maik.my/)

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

- Keahlian Perpustakaan

- Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan

- Perkhidmatan rujukan

- Kemudahan fotokopi

- Kemudahan komputer

- Kemudahan Wi-Fi

- Ruang Bacaan

- Surau

Perkhidmatan WiFi adalah percuma untuk semua pengguna perpustakaan. Pengguna perlu memohon password daripada kaunter untuk mengaksesnya.

Boleh. Pengguna boleh membuat pembaharuan melalui telefon ke kaunter perkhidmatan. Walaubagaimanapun, pembaharuan melalui telefon boleh dilakukan hanya satu (1) kali sahaja bagi tempoh pinjaman satu (1) minggu.

Bagi pembaharuan atas talian, pengguna perlu mengakses laman ini (http:perpustakaan.e-maik.my)

Sebarang persoalan dan kemusykilan hubungi :
Kakitangan Unit Adat Istiadat di talian 09-7481512.


Adalah termaktub dalam titah ucapan Almarhum DYMM Sultan Muhamad IV sempena perisytiharan Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334 yang memberi penekanan khusus Baginda
“Kita hendak dengan perkataan “Istiadat” Melayu itu ialah yang melengkapi atas yang adat dan adab Melayu yang elok yang sayogia dipelihara akan dia mengikut bagaimana peradaban masa”.

Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (Enakmen No. 4 Tahun 1994) menerusi Bahagian II Seksyen 5 (1):
“Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan", bagi membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan hendaklah bertindak di atas titah perintah Baginda di dalam semua perkara yang berkenaan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Majlis hendaklah menjadi pihak berkuasa yang utama di Negeri ini dalam semua perkara mengenainya.”
Sejajar dengan perisytiharan dan Enakmen MAIK No. 4 Tahun 1994 maka justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat adalah seperti berikut:


1) Melengkapi tujuan/ tanggungjawab Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

2) Bertanggungjawab menyelidik dan mengumpul bahan-bahan yang berunsur adat dan istiadat Melayu bagi rujukan pada masa akan datang.

3) Menjadi Badan Penasihat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dalam Hal Ehwal Adat dan Istiadat Melayu Negeri Kelantan pada masa hadapan.

Sebagaimana umum mengetahui justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat, maka begitu juga dengan sumbangan Unit Adat Istiadat kepada masyarakat. Bahan-bahan hasil kajian yang dijalankan akan diterbitkan dan didokumentasikan. Masyarakat umum boleh merujuk kepada kajian tersebut bagi mendapatkan maklumat berkenaan adat dan istiadat Melayu di negeri ini.

Kajian dan pendokumentasian ini dilakukan bagi melestarikan khazanah warisan Melayu Kelantan dari terus malap ditelan dek zaman. Biarpun tidak diamalkan lagi pada masa sekarang, sekurang-kurangnya terdapat maklumat dan bahan bagi memperkatakan tentang warisan tersebut.

Penyelidikan dan pendokumentasian yang dijalankan di MAIK adalah berlandaskan kepada Enakmen MAIK No. 4 tahun 1994 di bawah Seksyen 38, Adat istiadat yang tidak berlawanan:

“Mana-mana adat istiadat Melayu atau undang-undang adat istiadat Melayu yang masih diamalkan di Negeri ini dan tidak berlawanan dengan pengajaran Islam hendaklah diambil kira ketika mengeluarkan mana-mana fatwa di bawah seksyen-seksyen sebelum ini.”

MAIK mengambil kira sebarang penyelidikan dan pendokumentasian harus berlandaskan dengan undang-undang tersebut. Kalau ada pun adat istiadat tersebut yang bertentangan maka hanya dinyatakan perkara tersebut sahaja, sekadar memberi maklum kepada masyarakat awam tentang warisan nenek moyang pada suatu ketika dahulu. Setelah pengukuhan asas akidah Islam berlaku maka amalan itu sudah tidak diamalkan lagi. Penyataan khusus bagi perkara ini amat wajar dinyatakan, memandangkan ia sebahagian daripada adat istiadat Melayu Kelantan.

Dalam mengetengahkan bahan penyelidikan dan maklumat Adat Istiadat kepada masyarakat awam, aktiviti lain yang memberi peranan yang sama melalui anjuran seminar, bengkel, wacana, diskusi, persidangan dan umpamanya. Hal ini secara tidak langsung dapat mnedekati masyarakat dalam memberi pendedahan dan pemahaman kepada mereka. Selain itu, melalui cetakan pamphlet unit juga sebagai satu langkah ke arah tersebut.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini402
Kelmarin5168
Minggu Ini34615
Bulan Ini45553
Jumlah Pengunjung15287099