***KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN PENUH DOKUMEN
CARA MEMOHON : KLIK SINI
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 5 MAC 2025
Tinggal beberapa hari lagi kita bakal meraikan Syawal dan tidak dilupakan juga buat saudara kita, masyarakat Orang Asli Muslim yang turut merayakannya nanti.
Bagi memeriahkan lagi lebaran mereka, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ) dengan kerjasama Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang, Pejabat Tanah Jajahan Kecil Lojing, JAKOA, Pejabat Hutan, Majlis Daerah Gua Musang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia telah mengadakan Program Penghantaran dan Pengagihan Sumbangan Bakul Hari Raya Aidilfitri kepada Ketua Isi Rumah Masyarakat Orang Asli Muslim.
Pelepasan rombongan penghantaran bantuan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Gua Musang.
Hadir sama, Yang Berusaha Ustaz Fadly Hisyam bin Mat Jun (Pegawai Dakwah MAIK), Al- Fadhil Ustaz Othman bin Saufi (Imam Tua Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Gua Musang) dan pegawai dari jabatan dan agensi yang terlibat.
Sumbangan tersebut melibatkan 21 pos dan perkampungan Orang Asli di sekitar Gua Musang dan Jeli yang antaranya Pos Brooke, Pos Pasik, Pos Lebir, Pos Gob, Pos Simpor, Pos Balar, Pos Belatim, Pos Bihai, RPS Kuala Betis dan Pos Sungai Rual.
Ia disampaikan bagi membantu golongan yang memerlukan, khususnya komuniti Orang Asli, agar mereka dapat menikmati kemeriahan Syawal seperti masyarakat lain.
Penghantaran bermula pada 24 Mac dan agihan berakhir pada semalam.
Sebanyak 3,700 bakul makanan dan barangan keperluan asas telah diagihkan kepada keluarga Muslim.
Program ini, salah satu inisiatif tahunan MAIK dalam usaha meringankan beban masyarakat yang kurang berkemampuan.
Diharapkan sumbangan ini dapat menceriakan mereka menjelang Aidilfitri dan mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat.
Pihak MAIK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang bagi menjayakan program penghantaran dan pengagihan sumbangan bakul Hari Raya Aidilfitri ini.
***KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN PENUH DOKUMEN
CARA MEMOHON : KLIK SINI
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 5 MAC 2025
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengadakan Solat Sunat Istisqa’ bagi memohon hujan berikutan kemarau yang teruk melanda negeri ini.
Seramai 500 jemaah menyertai solat sunat di Dataran Masjid Muhammadi Kota Bharu pada hari ini bersamaan 29 April 2024 yang diimamkan AF. Ustaz Hairul Azizi bin Mokhtar, Imam Tua 1 Masjid Muhammadi Kota Bharu.
Jemaah terdiri daripada Pengurusan MAIK, Pegawai-Pegawai MAIK, Imam-Imam Masjid dan juga para penduduk sekitar.
Solat yang diadakan jam 8.30 pagi tadi turut disertai, Yang Amat Berusaha, Dr. Hasnan bin Ramli, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berusaha, Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan AF. Imam Besar Negeri Kelantan, Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah.
Selepas solat, AF. Ustaz Nik Mohd Afif Azhan bin Nik Mohd Naidi, Imam Tua 2 Masjid Muhammadi Kota Bharu telah menyampaikan Khutbah Khas Solat Sunat Istisqa’.
Khutbah menyentuh agar kita sebagai hamba Nya hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH SWT dan menghadapi ujian ini dengan penuh keredhaan.
Mimbar juga mengajak sidang jemaah sekalian untuk bermuhasabah dengan menerima ujian ini sebagai akibat daripada kelalaian diri kita dalam mematuhi perintah dan meninggalkan larangan ALLAH SWT.
YA ALLAH! berilah kepada kami cucuran dengan hujan yang lebat dan menyeluruh. YA ALLAH! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah jadikan kami orang-orang yang berputus asa. YA ALLAH jauhkanlah hamba-Mu, negeri, binatang ternak dan semua makhluk dari kehidupan yang dalam kesempitan dan kesukaran.
Tiada tempat untuk kami mengadu selain kepada-Mu. YA ALLAH! Tumbuhkanlah kepada kami tanaman dan lenyapkanlah dari kami segala kelemahan.
Curahkanlah kepada kami berkat dari langit dan tumbuhkanlah kepada kami berkat dari bumi. YA ALLAH! Lenyapkanlah dari kami bala dan bencana. Tiada yang dapat menyingkirkannya melainkan dengan izin Allah swt.
YA ALLAH! Kami memohon keampunan-Mu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan yang lebat dari langit-Mu.
YA ALLAH! Berilah minuman kepada hamba-hamba-Mu dan binatang ternak. Sebarkanlah rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati. Amin.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin.
Pihak MAIK juga menggalakkan kesemua masjid di seluruh Kelantan untuk mengadakan Solat Sunat Istisqa’ sekiranya keadaan cuaca panas keterlaluan masih berpanjangan.
Sebelum ini, terdapat beberapa masjid telah mengadakan Solat Sunat Istisqa’ bersama penduduk kampung di kawasan masing-masing.
Sama-sama kita berdoa ke hadrat Ilahi semoga hujan yang bermanfaat membasahi bumi Kelantan.
Forum Diskusi Buku Siri 3/2024 yang diadakan pada 18 Disember 2024 di Perpustakaan MAIK telah mengupas isu Ancaman Ideologi Moden Barat Terhadap Akidah dan Pemikiran Islam. Forum ini yang dibawakan secara langsung menerusi Facebook Rasmi MAIK telah menampilkan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzan bin Abdullah, Pegawai Penyelidik MAIK sebagai moderator.
Tajuk pada kali ini telah dikupas secara menarik oleh panel jemputan, Yang Berbahagia Dr. Muhammad Rashidi bin Wahab, Ketua Pusat Pengajian Usuluddin, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa).
Terima kasih buat semua yang telah hadir menjayakan Forum Diskusi Buku kali ini. Forum pada hari ini menerima kehadiran peserta pelbagai agensi, termasuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan (YIK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta wakil dari institusi-institusi pendidikan islam dan pondok negeri Kelantan.
Nantikan program diskusi akan datang!