faq lokasi aduan peta


SOALAN LAZIM

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Frequently Asked Questions - All FAQs

FAQs - All FAQs

Pemohon yang berminat dan layak bolehlah membuat permohonan melalui imam mukim masing-masing. Permohonan ini hendaklah dihantar ke pejabat Daru l Aitam untuk ditapis. Lawat siasat akan dilaksanakan sebelum panggilan temuduga dibuat. Tapisan kedua akan dibuat melalui temuduga yang dibuat.

Penghuni Darul Aitam akan diberi kemudahan tempat tinggal di asrama, perbelanjaan keperluan sekolah, wang saku persekolahan, kemudahan pembelian buku, kelas tuisyen, dan lain-lain yang menjadi keperluan.

Ya, boleh. Ibu/penjaga dibenarkan melawat penghuni pada hujung minggu.

Terdapat 3 cara pembayaran buku iaitu :

  1. Secara tunai
  2. Secara bank-in iaitu ke nombor akaun CIMB Islamic ke nombor akaun 031000137101 atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN
  3. Secara cek atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN


Adalah termaktub dalam titah ucapan Almarhum DYMM Sultan Muhamad IV sempena perisytiharan Penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334 yang memberi penekanan khusus Baginda
“Kita hendak dengan perkataan “Istiadat” Melayu itu ialah yang melengkapi atas yang adat dan adab Melayu yang elok yang sayogia dipelihara akan dia mengikut bagaimana peradaban masa”.

Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 (Enakmen No. 4 Tahun 1994) menerusi Bahagian II Seksyen 5 (1):
“Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan", bagi membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan hendaklah bertindak di atas titah perintah Baginda di dalam semua perkara yang berkenaan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Majlis hendaklah menjadi pihak berkuasa yang utama di Negeri ini dalam semua perkara mengenainya.”
Sejajar dengan perisytiharan dan Enakmen MAIK No. 4 Tahun 1994 maka justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat adalah seperti berikut:


1) Melengkapi tujuan/ tanggungjawab Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

2) Bertanggungjawab menyelidik dan mengumpul bahan-bahan yang berunsur adat dan istiadat Melayu bagi rujukan pada masa akan datang.

3) Menjadi Badan Penasihat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dalam Hal Ehwal Adat dan Istiadat Melayu Negeri Kelantan pada masa hadapan.

Sebagaimana umum mengetahui justifikasi penubuhan Unit Adat Istiadat, maka begitu juga dengan sumbangan Unit Adat Istiadat kepada masyarakat. Bahan-bahan hasil kajian yang dijalankan akan diterbitkan dan didokumentasikan. Masyarakat umum boleh merujuk kepada kajian tersebut bagi mendapatkan maklumat berkenaan adat dan istiadat Melayu di negeri ini.

Kajian dan pendokumentasian ini dilakukan bagi melestarikan khazanah warisan Melayu Kelantan dari terus malap ditelan dek zaman. Biarpun tidak diamalkan lagi pada masa sekarang, sekurang-kurangnya terdapat maklumat dan bahan bagi memperkatakan tentang warisan tersebut.

Penyelidikan dan pendokumentasian yang dijalankan di MAIK adalah berlandaskan kepada Enakmen MAIK No. 4 tahun 1994 di bawah Seksyen 38, Adat istiadat yang tidak berlawanan:

“Mana-mana adat istiadat Melayu atau undang-undang adat istiadat Melayu yang masih diamalkan di Negeri ini dan tidak berlawanan dengan pengajaran Islam hendaklah diambil kira ketika mengeluarkan mana-mana fatwa di bawah seksyen-seksyen sebelum ini.”

MAIK mengambil kira sebarang penyelidikan dan pendokumentasian harus berlandaskan dengan undang-undang tersebut. Kalau ada pun adat istiadat tersebut yang bertentangan maka hanya dinyatakan perkara tersebut sahaja, sekadar memberi maklum kepada masyarakat awam tentang warisan nenek moyang pada suatu ketika dahulu. Setelah pengukuhan asas akidah Islam berlaku maka amalan itu sudah tidak diamalkan lagi. Penyataan khusus bagi perkara ini amat wajar dinyatakan, memandangkan ia sebahagian daripada adat istiadat Melayu Kelantan.

Dalam mengetengahkan bahan penyelidikan dan maklumat Adat Istiadat kepada masyarakat awam, aktiviti lain yang memberi peranan yang sama melalui anjuran seminar, bengkel, wacana, diskusi, persidangan dan umpamanya. Hal ini secara tidak langsung dapat mnedekati masyarakat dalam memberi pendedahan dan pemahaman kepada mereka. Selain itu, melalui cetakan pamphlet unit juga sebagai satu langkah ke arah tersebut.

MAIK sedaya upaya akan membuat lawat siasat terhadap aduan kerosakan bangunan MAIK dalam tempoh 2 minggu.

Cara mewakafkan hartanah ialah dengan menulis surat rasmi permohonan kepada pihak MAIK bersama-saa dokumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Resit Hasil Tanah terkini
  • Salinan Geran Tanah
  • Surat Cara Wakaf

Boleh. Jemaah Ulama mengharuskan berwakaf dalam bentuk wang tunai. Pihak MAIK menerima pewakafan wang tunai dan akan menukarkannya dalam bentuk harta kekal (bangunan/hartanah). Sumbangan Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui kaedah berikut :-

  • Kaunter Wakaf di MAIK
  • Sumbangan menerusi Portal MAIK e-waqaftunai di www.e-maik.my atau waqaf.e-maik.my
  • Bank Islam : 03-018-01-016270-3 *sila hantar salinan slip bank ke pejabat MAIK beserta borang sumbangan waqaf tunai
  • Cek diatas nama : Majlis Agama Islam Kelantan *sila lampirkan borang sumbangan waqaf tunai

Status pewakafan atau pengesahan tanah wakaf boleh dibuat dengan menghantar surat rasmi perkara berkaitan dengan melampirkan doumen berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan Pewakaf
  • Salinan Geran
  • Pelan Akui daripada JUPEM
  • Salinan Borang 12A/12B
  • Apa-apa dokumen berkaitan tanah daripada Pejabat Tanah Jajahan berkaitan.

Terdapat 4 kategori iaitu :-

  • Wakaf Am / Keagamaan
  • Wakaf Kesihatan
  • Wakaf Pendidikan
  • Saham Wakaf / Pembangunan Projek

Fidyah bermaksud denda bagi orang yang meninggalkan puasa di bulan ramadhan dan tidak sempat menggantikannya pada tahun yang sama.

Baca Lagi

Tidak sah kerana suami sudah wajib memberi nafkah kepada isterinya

Sah kerana adik tidak menanggung nafkah abangnya

Boleh dan sah diberikan atas asnaf amil, hamba mukaatab, berhutang dan berperang. Dibenarkan dan sah memberi zakat sekiranya mereka itu termasuk daripada golongan asnaf yang boleh menerima zakat seperti orang yang berhutang, amil, fi sabilillah dan selainnya sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya:

Para Ashab Syafie’yyah menyebut, dan diharuskan memberi (zakat) kepada anak dan bapanya daripada bahagian golongan amil zakat, al-mukatibin (golongan dalam perjanjian), golongan yang berhutang dan golongan yang berperang apabila memiliki sifat-sifat tersebut. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/229)

Selain itu, di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan, sekiranya mereka (ahli keluarga) bukan daripada golongan fakir atau miskin, seperti golongan berhutang atau musafir, orang yang menanggung nafkah mereka dibenarkan memberi zakat harta kepada mereka sebagai golongan yang disifatkan tersebut. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab Imam al-Syafi'e, 2/65).

Jumhur ulama' (Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah) menyatakan bahawa adalah wajib untuk dikeluarkan dalam bentuk nilainya (qimah) dan bukannya dalam bentuk barang yang diperdagangkan. (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al Islami wa Adillatuhu, 2/794-795)

Zakat hanya boleh diagihkan kepada Individu Muslim yang merdeka sebagaimana disebut dalam kitab Al-Bughyah Al-Mustarsyidin" sebagaimana nasnya “Tidak berhak masjid sesuatu daripada zakat, kerana zakat itu tidak harus diagihkan padanya kecuali kepada seorang individu muslim yang merdeka" (Rujuk Al-Bughyah Al-Mustarsyidin m/s 106)

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1536
Kelmarin3311
Minggu Ini16526
Bulan Ini27812
Jumlah Pengunjung24143263