faq lokasi aduan peta


PERKHIDMATAN

PERPUSTAKAAN MAIK

Image
  • Perkhidmatan dan Kemudahan yang disediakan :
    • Keahlian Perpustakaan
    • Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan
    • Perkhidmatan rujukan
    • Kemudahan fotokopi
    • Kemudahan komputer
    • Kemudahan Wi-Fi
    • Ruang bacaan
    • Surau

Perpustakaan ini merupakan sebuah perpustakaan khusus bertujuan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang berminat untuk membuat rujukan dan mendapatkan buku-buku mengenai ilmu-ilmu islam. Perpustakaan ini adalah terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan MAIK, jabatan kerajaan, pelajar sekolah, pelajar Institusi pengajian Tinggi (IPT), pendidik, golongan profesional dan penyelidik. Selaras dengan objektif penubuhannya, Perpustakaan Islam Kelantan diharap dapat memenuhi matlamatnya terutama dalam menyediakan kemudahan kepada pelajar IPT, pendidik, golongan profesioanl dan pengkaji.

Kebanyakan bahan atau koleksi buku yang terdapat di perpustakaan ialah dalam bidang agama dan Bahasa Arab yang khusus diimport dari negara Timur Tengah. Walaubagaimana pun, terdapat juga rujukan-rujukan dalam bidang-bidang lain. Sehingga tahun 2016, koleksi buku-buku di perpustakaan MAIK dianggarkan sebanyak 30,000 buah. Antara koleksi yang terdapat di perpustakaan ialah Buku (naskah Arab, Melayu dan Inggeris), Majalah-majalah Ilmiah, Surat Khabar, Laporan Tahunan MAIK, Kertas-kertas Kerja, Kitab-kitab Lama.

  1. Keahlian dibuka kepada semua pegawai dan kakitangan MAIK, jabatan Kerajaan, pelajar sekolah, pelajar IPT, pendidik, golongan profesional dan penyelidik.

  2. Tempoh pinjaman adalah selama 2 minggu

  3. Peminjam adalah bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan buku-buku yang telah dipinjam

  4. Denda bayaran dua kali ganda akan dikenakan di atas kerosakan dan kehilangan buku-buku tersebut

  • PERPUSTAKAAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
    PT 66, Jalan Tok Hakim, Seksyen 9
    15000 Kota Bharu Kelantan
  • No. Telefon : 09-746 2348
  • No. Faks : 09-746 2417
  • Emel : perpustakaan@e-maik.my
  • Waktu Perkhidmatan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Sabtu : 9.00 pagi – 4.00 petang (bermula Bulan Julai 2023)
    Jumaat & Hari Kelepasan Am : TUTUP

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini221
Kelmarin2347
Minggu Ini19048
Bulan Ini109222
Jumlah Pengunjung22993826