MAIK TURUN PADANG MEMBANTU MANGSA-MANGSA BANJIR
MAIK telah mengambil inisiatif membantu mangsa-mangsa banjir di Jajahan Pasir Mas dengan menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan Dan juga barangan makanan. YMM Pemangku Raja Kelantan, selaku Yang Dipertua MAIK juga turut sama berangkat untuk mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Jajahan Pasir Mas bertempat di SMKA Lati. Seramai 300 orang mangsa banjir telah menerima kurnian yang disempurnkan oleh YMM pemangku Raja Kelantan pada 1 Disember, 2017.