MAJLIS SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE 48 TAHUN 2017
Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Solat Hajat Dan Doa Selamat Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke 48 Tahun 2017 yang telah diadakan pada 20 Safar 1439H bersamaan 09 November 2017 (Khamis) bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu mulai jam 6.30 petang.