MAIK TURUN PADANG MEMBANTU MANGSA-MANGSA BANJIR
MAIK telah mengambil inisiatif membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa Jajahan Negeri Kelantan dengan menyalurkan sumbangan dalam bentuk barangan makanan. YMM Pemangku Raja Kelantan, selaku Yang Dipertua MAIK juga turut sama berangkat untuk mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Jajahan-jajahan yang terlibat dengan banjir ialah Kuala Krai, Pasir Mas, Tumpat, Machang dan Pasir Puteh.