faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

PROGRAM SEMINAR PRAPAMERAN: ZULKARNAIN, YAKJUJ DAN MAKJUJ

20 Februari 2018 bersamaan 4 Jamadil Akhir 1439H (Selasa) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan program Seminar Prapameran: Zulkarnain, Yakjuj & Makjuj bertempat di Dewan Besar, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu Kelantan dengan penyertaan melebihi 800 orang yang terdiri daripada masyarakat umum, kakitangan MAIK, para imam masjid bandar dan jajahan, institusi pondok, pelajar-pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri, jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain. Program Seminar Prapameran yang dilaksanakan ini merupakan program pengenalan kepada program Pameran Zulkarnain, Yakjuj & Makjuj yang dijangkakan diadakan pada Oktober 2018 nanti.

Antara objektif seminar ini adalah untuk mengajak masyarakat untuk mengenali siapakah Zulkarnain yang menjadi penakluk agung sehinggakan nama dan sejarahnya dicatatkan di dalam al-Quran. Selain itu, melalui seminar ini juga dapat memberi satu gambaran yang jelas tentang kebenaran kewujudan bangsa Yakjuj & Makjuj yang dikatakan melakukan kerosakan di muka bumi. Ini juga menjadi satu usaha dakwah dalam memberi peringatan kepada semua agar tidak leka dengan kehidupan duniawi semata-mata dan apa yang dinyatakan dalam al-Quran adalah benar belaka.

Seminar ini telah disampaikan oleh YBhg Tuan Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko yang didatangkan khas dari Universiti Brawijaya, Malang, Indonesia. Beliau merupakan penulis buku Alexander adalah Zulqarnain, Lima Gelombang Keluar Yakjuj & Makjuj serta Luqman Hakim adalah Socrates Berkulit Hitam. Tajuk yang dibentangkan adalah “Menemukan Zulkarnain, Yakjuj & Makjuj dalam Sejarah”. Program seminar ini berakhir dengan sesi soal jawab dan bacaan doa penutup oleh YBrs. En. Ameer Azeezy Bin Tuan Abdullah, Pegawai Penyelaras Takmir, MAIK.

 

Disediakan Oleh : Faridah Binti Mohd Abdullah

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1090
Kelmarin3141
Minggu Ini19989
Bulan Ini51434
Jumlah Pengunjung24166885