faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS IBADAT QURBAN JAMA’IE MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BAGI TAHUN 1439H/2018M

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Ibadat Qurban Jama’ie Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Bagi Tahun 1439H/2018M yang telah diadakan pada 11 Zulhijjah 1439H/23 Ogos 2018 (Khamis) bersamaan Hari Raya Aidil Adha Yang Kedua  bertempat di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu mulai jam 8.00 pagi.

Turut hadir pada majlis kali ini ialah Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan (Dato’ Bentara Kanan), Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan,  Yang Berhormat Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli MAIK, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, ,YB. Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Haji Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, YM. Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Bin Dato’ Tengku Fiessal (Tengku Kaya Perkasa), Ketua Istiadat Kelantan, YABrs Tuan Nik Pakheruddin Bin Nik Abdul Kadir, Penglola Istana D’Raja Kelantan, Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, YDH DCP Dato’ Hasanuddin Bin Hassan, Ketua Polis Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jajahan, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan MAIK,  jemputan khas peserta qurban dan orang awam yang berdekatan.

Pada majlis tersebut, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan untuk mencemar duli menyempurnakan upacara qurban dengan menyembelih sebanyak 3 ekor lembu. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyumbangkan sebanyak 30 ekor lembu dan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan turut berkenan menyumbangkan sebanyak 7 ekor lembu dan 33 ekor daripada penyertaan lembu qurban MAIK. Jumlah keseluruhan lembu qurban pada majlis berkenaan ialah sebanyak 70 ekor lembu. Acara qurban tersebut berakhir pada jam 4.30 petang.

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini584
Kelmarin3173
Minggu Ini11665
Bulan Ini34851
Jumlah Pengunjung24543968