faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS PERSEMBAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN TABUNG HAJI (TH) BAGI TAHUN 2017 KEHADAPAN YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN

15 April 2018 (Ahad) - Satu program meraikan pihak Tabung Haji (TH) mempersembahkan Cek Zakat Perniagaan Bagi Tahun 2017 kehadapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 15 April 2018 (Ahad) pada jam 3.00 petang bertempat di Istana Kota Lama, Kota Bharu. Cek Zakat perniagaan berjumlah RM4,801,740.41 ini telah dipersembahkan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Ketua Pegawai Eksekutif TH, Yang Berusaha Tuan Hj. Wahyudin bin Haji Tamami, Pengarah TH Negeri Kelantan, Yang Berusaha Tuan Hj Ashrof bin Shamsuddin, Timbalan Pengarah TH Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak Tabung haji (TH) telah membuat pembayaran zakat sebanyak 19 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya Tabung Haji (TH) ini terus kukuh memainkan peranannya sebagai perantara terbaik bagi umat Islam Malaysia menunaikan ibadah  Haji dan menjadi agensi tabungan yang cemerlang dalam menjana ekonomi Umat Islam dengan segala perkhidmatannya diberkati Allah swt. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Tabung Haji (TH) ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1543
Kelmarin2622
Minggu Ini6458
Bulan Ini77832
Jumlah Pengunjung22962436