faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS PERJUMPAAN ANTARA PIHAK PENGURUSAN MAIK DAN PARA PENGGERAK PROGRAM EN@M 2018

12 MAC 2018 – Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melalui Unit Pendidikan telah menganjurkan satu perjumpaan antara pihak pengurusan MAIK dan para penggerak program English At Mosque (En@M) yang mana melibatkan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), wakil Yayasan Islam Kelantan (YIK), dan Imam dari 12 buah masjid bandar dan jajahan di seluruh negeri Kelantan dan wakil pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah. Perjumpaan kali ini bertujuan untuk memaklumkan kepada para penggerak berhubung dengan perjalanan program Tahun 2018. Turut diadakan, majlis penyampaian surat lantikan kepada para penggerak bagi tahun tersebut. Turut hadir menyampaikan amanat, YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi selaku Timbalan Yang DiPertua MAIK.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah Binti Abdul Ghafar

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2304
Kelmarin3401
Minggu Ini16760
Bulan Ini7890
Jumlah Pengunjung24123341