faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

IBU MALANG MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Puan Rahimah binti Omar seorang mangsa kemalangan sejak setahun yang lalu mengakibatkan lumpuh seluruh badan dan hanya terlantar  serta  tidak  dapat menguruskan diri. Beliau hanya mengharapkan bantuan anak-anak untuk membantu menguruskan beliau. Di samping lumpuh beliau juga tidak dapat bercakap dan pemikiran  beliau juga tidak sempurna.

Suami beliau yang bekerja sebagai pemandu lori baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit lelah dan kini tanggungjawab mengurus beliau dan keluarga digalas oleh anak-anak . Puan Rahimah yang berusia 42 tahun  mempunyai  7 orang anak  yang berumur di antara 5 hingga  16 tahun di mana anak yang berumur 5 tahun merupakan seorang OKU. Anak-anak terpaksa ponteng sekolah secara bergilir-gilir untuk menjaga  dan mengurus ibu mereka yang terlantar dan  hanya minum susu khas sahaja.

Keluarga ini mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kini tiada punca pendapatan lain setelah bapa mereka yang bekerja sebagai pemandu lori telah meninggal dunia. Mereka sekeluarga tinggal di rumah sewa dengan kadar sewa RM300.00 sebulan tetapi kini telah berpindah ke rumah ibu Puan Rahimah.

Majlis Agama Islam Kelantan yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah mengunjungi keluarga ini untuk menghulurkan sumbangan.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini126
Kelmarin3328
Minggu Ini16606
Bulan Ini106780
Jumlah Pengunjung22991384