faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN KEPADA INSTITUSI PENGAJIAN PONDOK YANG BERDAFTAR DENGAN MAIK BAGI TAHUN 2019

Pada 5 November 2019, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan kepada Institusi Pengajian Pondok yang Berdaftar dengan MAIK bagi Tahun 2019 yang diadakan di Dewan Tazkirah, MAIK.

Sebanyak 32 buah pondok yang berdaftar dengan MAIK layak menerima sumbangan berkenaan dengan peruntukan RM 288,000.00. Sumbangan ini diagihkan berdasarkan bilangan pelajar di institusi tersebut. Sumbangan kewangan ini adalah bagi kegunaan untuk pengurusan pentadbiran institusi pengajian pondok dan juga untuk mengadakan aktiviti atau program pondok serta sebagai bantuan kebajikan pelajar merangkumi aspek pembelian kitab atau perubatan.

Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat membantu institusi pondok agar dapat berfungsi dengan lebih baik.

 

Disediakan Oleh : Nurul ʽAisyah binti Wan Adnan

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1275
Kelmarin3077
Minggu Ini17033
Bulan Ini48478
Jumlah Pengunjung24163929