faq lokasi aduan peta


JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN TETAP DAN KONTRAK DI MAIK -TARIKH TUTUP SEBELUM ATAU PADA 26 JUN 2022

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut :

BIL
JAWATAN
GRED
BIL.KEKOSONGAN
TARAF
SYARAT KELAYAKAN
1. Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Tua Masjid Bandar/Jajahan) S41 1 Tetap Syarat
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 2 Kontrak Syarat

 

GAJI PERMULAAN 

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

HAD UMUR PELANTIKAN PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN

  1. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun; atau
  2. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA MEMOHON

1) Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3rPRXTT

2) Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3nRmBk4) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME  (dibuat secara berasingan) dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.

3) Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.

4) RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:

  • Maklumat Diri
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Pengalaman Kerja 
  • Rujukan

5) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 26 JUN 2022

PERKARA AM

1)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2)  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3) Sila nyatakan Nama dan Gred Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini535
Kelmarin2612
Minggu Ini21116
Bulan Ini535
Jumlah Pengunjung7483482