faq lokasi aduan peta


JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAIK - TARIKH TUTUP SEBELUM ATAU PADA 10 DISEMBER 2022

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut :

BIL
JAWATAN
GRED
TARAF
SYARAT KELAYAKAN
1. Pegawai Tadbir (Pegawai Pematuhan) N41 Kontrak Syarat
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19 Kontrak Syarat

 

GAJI PERMULAAN 

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

HAD UMUR 

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

CARA MEMOHON

1) Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3AgymXH

2) Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3np2BFn) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME  dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.

3) Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.

4) RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:

  • Maklumat Diri
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Pengalaman Kerja 
  • Rujukan

5) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 10 DISEMBER 2022

PERKARA AM

1)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2)  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3) Sila nyatakan Nama dan Gred Jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2981
Kelmarin3511
Minggu Ini6492
Bulan Ini16596
Jumlah Pengunjung8183749