faq lokasi aduan peta


JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK DAN TETAP DI MAIK

 

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut :

BIL
JAWATAN
BIL. KEKOSONGAN
GRED
TARAF
SYARAT KELAYAKAN
1. Pembantu Penyediaan Makanan   2 (Wanita sahaja) N19 Tetap MUAT TURUN PENUH IKLAN JAWATAN TETAP
2. Pembantu Operasi 2 (Lelaki sahaja) N11 Tetap
 3.  Pemandu Kenderaan  1 (Lelaki sahaja) H11 Tetap
4. Akauntan 1 WA41 Kontrak MUAT TURUN PENUH IKLAN JAWATAN KONTRAK
5. Penolong Jurutera (Kejuruteraan Awam) 2 (Lelaki sahaja) JA29 Kontrak

 

GAJI PERMULAAN 

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

HAD UMUR 

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

CARA MEMOHON

  1. Untuk jawatan bertaraf TETAP (Tarikh tutup pada atau sebelum : 31 JULAI 2023), permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3NNGTqN 
  2. Bagi jawatan bertaraf KONTRAK (Tarikh tutup pada atau sebelum : 27 JULAI 2023), permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/3NSPkA 
  3. Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3np2BFn) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME  dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
  • Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.
  • RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    • Maklumat Diri
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Maklumat Akademik
    • Maklumat Ko-Kurikulum
    • Pengalaman Kerja 
    • Rujukan
  • Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

PERKARA AM

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2714
Kelmarin2963
Minggu Ini8171
Bulan Ini78869
Jumlah Pengunjung24194320