faq lokasi aduan peta


JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM MAIK OKTOBER 2020

 

*** Borang permohonan boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK atau KLIK SINI untuk muat turun dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sebagaimana berikut:-

ALAMAT PERMOHONAN:

Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

(u.p: Bahagian Agama )

TARIKH TUTUP SEBELUM : 31 OKTOBER 2020

---------------------------------------------------------------------------------

SYARAT-SYARAT JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM

1. Imam Tua/ Imam Muda

    i. Syarat kelayakan;
      - Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
      - Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun tarikh iklan
      - Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
      - Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
      - Warganegara Malaysia.
      - Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
      - Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
      - Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
      - Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.
      * Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut;
        - Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
        - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.
    ii Taraf Jawatan: Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)
    iii Elaun Bulanan :
      - RM1,700.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
      - RM1,400.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Biasa)
      - RM1,000.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil)
      - RM1,200.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
      - RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Biasa)
      - RM800.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil)

2. Bilal

    i. Syarat kelayakan;
      - Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
      - Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
      - Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
      - Warganegara Malaysia
      - Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
      - Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
      - Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
      - Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)
    ii Taraf Jawatan : Berelaun
    iii Elaun Bulanan :
      RM750.00(Masjid Mukim Kategori ”A”)
      RM650.00(Masjid Mukim Biasa)

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini462
Kelmarin3091
Minggu Ini13909
Bulan Ini85283
Jumlah Pengunjung22969887