
HOSPITAL PAKAR USM SERAH PELBAGAI BARANGAN TERCICIR (LUQATHAH)
Firman-Nya dalam Surah al-Nisaβ ayat 29:
Ertinya: πΎππππ πππππ-πππππ ππππ πππππππ, πππππππππ ππππ πππππ (πππππππ) πππππ-πππππ ππππ ππππππ ππππ π πππππ πππππ ππππ πππππ (πππππ-ππππ, πππ π π ππ ππππππππππ), πππππππ π πππππ πππππ ππππππππππ ππππ π ππππππππ ππππππ ππππ ππππ ππππ π πππππππ ππππ. π«ππ πππππππππ ππππ ππππππππ-πππππππ ππππππ ππππ πππ. πΊπππππππππππ π¨ππππ ππππππππ π΄ππππππππππ ππππ.β
Tindakan yang dilakukan pihak Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM)di Kubang Kerian pada hari ini bertepatan dengan firman yang dinyatakan di atas.
Pada hari ini mereka telah menyerahkan pelbagai jenis barangan tercicir (Luqathah) yang ditemui di kawasan hospital dan kampus kesihatan bermula 2015 hingga 2022 kepada Unit Baitulmal, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Barangan seperti barang kemas, jam tangan, telefon dan bermacam-macam lagi diserahkan oleh Yang Berbahagia, Profesor Dr. Shaiful Bahari bin Ismail, Pengarah Kampus Kesihatan USM kepada Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK dalam satu majlis ringkas di Pejabat Pengarah Kampus Kesihatan USM. Majlis turut dihadiri Al-Fadhil Ustaz Ahmad bin Yunoh, Pegawai Mal dan Sumber Am, MAIK.
Barangan tersebut diserahkan kepada pihak MAIK setelah tiada sebarang tuntutan dilakukan selepas pemakluman dibuat pihak USM dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Tahniah diucapkan kepada pihak USM kerana menjadi kampus pertama yang menyerahkan harta luqatah kepada MAIK.
MAIK menyediakan perkhidmatan :
- Serahan Harta Luqatah
- Hebahan di Portal Rasmi MAIK
- Tuntutan Harta Luqatah
Sebarang serahan atau tuntutan boleh ke Kaunter Baitulmal MAIK atau hubungi talian 09-7481512.