faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SATU-SATUNYA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI BERJAYA LAHIRKAN GRADUAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PROGRAM MASJID

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mencipta sejarah apabila menjadi Majlis Agama Islam Negeri pertama di Malaysia yang telah menerapkan TVET menerusi pelaksanaan Program Latihan Dalam Industri (ADi) yang dahulu dikenali sebagai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Pelaksanaannya telah membanggakan kami, yang mana, MAIK telah berjaya melahirkan generasi pertama Program Pengoperasian Masjid Tahap 1, Akademi Latihan Al-Muhammadi (ALAMi) dan seramai 21 orang Imam Tua dan Imam Muda yang menyertainya telah bergraduasi pada hari ini.

Program Pengoperasian Masjid, anjuran ALAMi adalah dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dilaksanakan pada tahun 2024.

Sebagai penghargaan kejayaan kumpulan pertama tersebut, pada hari ini mereka telah menerima sijil graduasi masing-masing daripada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK.

Penyampaian diadakan pada Majlis Amanat Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK Bersama Pegawai Masjid Seluruh Negeri Kelantan di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan.

Program turut dihadiri Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad (Mufti Kerajaan Negeri Kelantan), Yang Amat Arif Dato’ Haji Ibrahim bin Deris (Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan), Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad (Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan), Yang Amat Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein (Timbalan Yang Dipertua MAIK), Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab. Rahman (Pengarah Yayasan Islam Kelantan) dan AF. Dr Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah (Imam Besar Negeri Kelantan) serta Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, (Setiausaha MAIK)

Program diinisiatifkan oleh ALAMI ini adalah suatu inisiatif yang baik, kerana perantis yang mengikuti program bukan sahaja mendapat ilmu dan maklumat bersesuaian dengan standard pekerjaan, bahkan juga perantis akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia diiktiraf oleh pihak kerajaan.

Selain itu, perantis juga menerima insentif kewangan berjumlah RM 500 sebulan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Kelangsungan program sebegini memberikan gambaran kesungguhan pihak MAIK dalam melahirkan para pegawai yang kompeten, berkemahiran dan berpengetahuan berkaitan bidang kerja di masjid.

Pada hari ini juga pihak MAIK telah menerima Tauliah Program Akademi Dalam Industri (ADi) Tahap 2 (Program Penyelarasan Operasi Masjid) dan Tahap 3 (Program Penyeliaan Operasi Masjid) daripada Yang Berusaha Ts. Haji Azman bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Pada majlis sama juga, Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan menyatakan harapan agar ALAMi akan menjadi hub latihan pegawai masjid di rantau ini dan terus meneroka program-program baharu yang berimpak tinggi pada masa hadapan.

Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia atas bantuan, sokongan dan dorongan sepanjang pihak ALAMi menjalankan Program Sijil Kemahiran Malaysia ini.

Semoga kerjasama terjalin ini dapat memberikan manfaat berterusan seterusnya menjadikan ALAMi MAIK sebagai peneraju program TVET untuk masjid di Malaysia, Insya-Allah.

#MAIK2025

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini569
Kelmarin4738
Minggu Ini19867
Bulan Ini33730
Jumlah Pengunjung42028484