faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN IFTAR BERSAMA ANAK YATIM, PELAJAR TAHFIZ DAN ORANG KELAINAN UPAYA

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan berkenaan berangkat meraikan Anak Yatim Darul AITAM dan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayiu Kelantan (MAIK) serta pelajar Orang Kelainan Upaya.

Keberangkatan Baginda pada 11 Ramadan 1445H bersamaan 22 Mac 2024M adalah bersempena Majlis Berbuka Puasa Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Bersama Anak-Anak Yatim Darul Aitam MAIK yang diadakan di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Pada majlis sama, Baginda berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada 93 Anak Yatim Darul Aitam MAIK, 100 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dan 10 pelajar Orang Kelainan Upaya.

Seusai pengurniaan Baginda turut berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama tetamu.

Majlis turut dihadiri, Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK, Yang Berhormat Dato’ Kaya Setia, Dato’ Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Yang Amat Berusaha Dr. Hasnan bin Haji Ramli, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

#MAIK2024

#Ramadan1445

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini243
Kelmarin2634
Minggu Ini10317
Bulan Ini100491
Jumlah Pengunjung22985095