faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KERJA MAIK KE PUSAT PENGETAHUAN KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) CAWANGAN KUBANG KERIAN KELANTAN.

12 Januari 2017 bersamaan 13 Rabiulakhir 1438H – Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Universiti Sains Malaysia (USM) cawangan Kubang Kerian Kelantan. Lawatan tersebut telah diketuai oleh YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd. Hadi selaku Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Seramai 21 orang ahli rombongan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MAIK terutamanya dari Unit Teknologi Maklumat & Multimedia dan Unit Pengurusan Projek yang turut serta dalam lawatan kerja ini. Turut hadir bersama ialah Al-Fadhil Ustaz Murtadha Bin Abdullah (Ketua Pegawai Agama MAIK) dan Al-Fadhil Ustaz Hanapizi Bin Abdullah (Imam Besar MAIK).

Rombongan dibawa untuk melihat prasarana ICT seperti Data Center/Bilik Server Utama dan Pejabat Pentadbiran Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT). Selain itu, rombongan turut dibawa untuk melihat Bilik PABX dan Makmal Komputer Latihan PPKT.

Lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan inovasi dalam bidang ICT seiring perkembangan teknologi yang semakin pesat pada masa ini. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan jalinan kerjasama diantara institusi tersebut dengan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Disediakan Oleh : Mohd Arief Syah Bin Mat Yazik

 

flickr
www.flickr.com

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1375
Kelmarin3328
Minggu Ini17855
Bulan Ini108029
Jumlah Pengunjung22992633