faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN PENGURUSAN KEPADA YAYASAN ISLAM KELANTAN SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT SUNAT TERAWIH YMM PEMANGKU RAJA KELANTAN BERSAMA PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) KELANTAN TAHUN 1438/2017

Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan sumbangan pengurusan kepada Yayasan Islam Kelantan sempena Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Sunat Terawikh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Bersama Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kelantan Tahun 1438/2017 pada 20 Ramadhan 1438H bersamaan 15 Jun 2017M (Khamis) bertempat Dewan Utama, Istana Kota Lama, Kota Bharu mulai jam 6.30 petang.

Majlis pengurniaan telah diadakan sebelum majlis santapan berbuka puasa di mana Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan sumbangan pengurusan kepada Yayasan Islam Kelantan yang telah diterima oleh YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Yayasan Islam Kelantan sebanyak RM 5,000,000.00.

Turut hadir pada majlis ini ialah Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB. Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, YBhg Dato’ Naib Canselor Universiti Kelantan, YM Rektor UiTM Cawangan Machang Kelantan, YABrs Ketua Eksekutif KIAS, pegawai-pegawai kanan MAIK, tetamu-tetamu jemputan serta pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi di Negeri Kelantan.

Majlis berakhir dengan Solat Sunat Terawih berjemaah bersama-sama dengan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini850
Kelmarin3078
Minggu Ini14002
Bulan Ini104176
Jumlah Pengunjung22988780