faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN CELCOM AXIATA BERHAD BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

27 Julai 2017 (Khamis) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Celcom Axiata Berhad bagi tahun 2016 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 27 Julai 2017, jam 2.30 petang bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan Celcom Axiata Berhad telah disampaikan oleh YBrs. Encik Norazri bin Daud, Regional General Manager (Eastern) Celcom Axiata Berhad kepada YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak serta para wartawan.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 2 dengan jumlah sebanyak RM100,240.00. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini727
Kelmarin3401
Minggu Ini15183
Bulan Ini6313
Jumlah Pengunjung24121764