faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN FELDA GLOBAL VENTURES BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

19 Julai 2017 (Rabu) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Felda Global Ventures bagi tahun 2016 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 19 Julai 2017, jam 3.00 petang bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan Felda Global Ventures telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Zulkeffli bin Ahmad, Ketua HRBP Kumpulan Felda Global Ventures kepada YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 6 dengan jumlah sebanyak RM136,101.00. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

Disediakan Oleh : #


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini117
Kelmarin3401
Minggu Ini14573
Bulan Ini5703
Jumlah Pengunjung24121154