faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB) BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

10 Ogos 2017 (Khamis) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi tahun 2016 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 10 Ogos 2017, jam 2.30 petang bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) telah disampaikan oleh YBrs. Puan Rosilawati binti Kahar, Pengurus PNMB Cawangan Kelantan kepada YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 9 dengan jumlah sebanyak RM11,718.92. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1237
Kelmarin3328
Minggu Ini17717
Bulan Ini107891
Jumlah Pengunjung22992495