faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN WAQAF TUNAI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Pada 6 Disember 2017, satu Majlis Penyerahan Waqaf Tunai telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada jam 11.00 pagi. Sumbangan sebanyak RM 60,000.00 ini telah diwakafkan oleh Encik Mohd Zain Bin Omar yang mewakili keluarganya bagi manfaat Pembangunan Pondok Bunut Payong Kota Bharu.

Dalam majlis ini, Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang DiPertua,  diiringi oleh Yang Berusaha Encik Nik Jessim Bin Nik Hashim, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, telah menerima sumbangan ini dan seterusnya bacaan doa telah disampaikan oleh Yang Berusaha AlFadhil Ustaz Murtadha Bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pewakaf yang telah memberi sumbangan dan semoga pewakaf, ahli keluarga, dan sahabat akan mendapat rahmat dan seterusnya diberi ganjaran pahala berterusan oleh Allah swt.

Waqaf Tunai MAIK, “SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2755
Kelmarin2728
Minggu Ini5483
Bulan Ini114484
Jumlah Pengunjung22999088