faq lokasi aduan peta


BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN WAKAF KESIHATAN MAIK

Pada 04 November 2019, bersamaan 07 Rabiul Awal 1441H, Majlis Penyerahan Peralatan Wakaf Kesihatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah dilaksanakan  di Klinik Kesihatan Sungai Pinang, Tumpat.

Majlis Penyerahan Peralatan Wakaf Kesihatan MAIK ini telah disempurnakan oleh Yang Berhomat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang DiPertua MAIK, yang diiringi oleh Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang DiPertua MAIK, Yang Amat Berusaha Yang Amat Berusaha Tuan Haji Ibrahim Bakri Bin Mat Deris, Ketua Jajahan Tumpat, dan  Yang Amat Berusaha Dr. Zaini Bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Turut berangkat ke majlis ini adalah Yang Mulia Puan Sri Dato’ Tunku Hajjah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Yang Mulia Tengku Nur Qistina Petri Binti Tengku Muhamad Rizam.

Dalam majlis ini, pihak MAIK berbesar hati untuk menyerahkan peralatan wakaf kesihatan menerusi dana Waqaf Kesihatan dan Am, yang bernilai RM100,000, iaitu berupa mesin ultrasound, mesin kardiotokografi, mesin pemeriksaaan tanda vital bagi pesakit neonate, katil pesakit, mesin penyedut mukus, kerusi roda, dan kerusi menunggu pesakit.

Pihak MAIK  mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Rakan Waqaf MAIK yang sentiasa memberi sokongan dan terus berwakaf  sebagai Saham Akhirat, demi mendapat ganjaran pahala yang berterusan oleh Allah swt. Pihak MAIK juga berbesar hati untuk menerima mana-mana pihak untuk menyertai Rakan Waqaf MAIK dengan melayari portal rasmi www.e-maik.my atau laman web waqaf.e-maik.my

 

 

Disediakan Oleh :  Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1726
Kelmarin2573
Minggu Ini21882
Bulan Ini13012
Jumlah Pengunjung24128463