faq lokasi aduan peta


BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN AGROBANK BAGI TAHUN 2019 DAN PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK AGROBANK-MAIK KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

23 September 2020 (Rabu) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Agrobank bagi tahun 2019 Dan Perbincangan Kerjasama Strategik Agrobank-Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 23 September 2020 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan Dato’ Laksamana,Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan cek zakat perniagaan Agrobank tahun 2019 telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Syed Ibrahim bin Syed Mohd Al Mashor, Regional Director, Agrobank Wilayah Kelantan/Terengganu kepada Timbalan Yang Dipertua MAIK YABrs. Tuan Haji Zulkifle Bin Ab Rahman dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak MAIK dan Agrobank.

Jumlah zakat perniagaan Agrobank bagi tahun 2019 sebanyak RM142,733.00. Diharapkan semoga Syarikat Agrobank ini terus kukuh di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatanya diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Agrobank ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua Pegawai Zakat MAIK, YBrs. Al- Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan oleh : Wan Fadhlina Binti Wan Yusuf

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini117
Kelmarin3328
Minggu Ini16597
Bulan Ini106771
Jumlah Pengunjung22991375