faq lokasi aduan peta


BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PERSEMBAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN TENAGA NASIONAL BERHAD DAN KUMPULAN BANK RAKYAT KE HADAPAN YANG BERHORMAT MULIA TENGKU TAN SRI DATO’ HJ. MOHAMAD RIZAM BIN TENGKU ABDUL AZIZ, TENGKU TEMENGGONG KELANTAN BAGI TAHUN 2019 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DA

29 September 2020 (Selasa) – Satu Majlis Persembahan Cek Zakat Perniagaan oleh Tenaga Nasional Berhad dan Bank Rakyat bagi tahun 2019 kehadapan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Hj. Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz Tengku Temenggong Kelantan Merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 29 September 2020, jam 12.00 Tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja,Tingkat 5, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Persembahan cek zakat perniagaan Tenaga Nasional Berhad telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir Haji Husaini bin Husin (Head Chief Grid Officer, Tenaga Nasional Berhad) berjumlah RM 3,394,826.41 dan Persembahan cek zakat Kumpulan Bank Rakyat telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Zulkarnain bin Taman, Pemangku Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat berjumlah RM 1,013,391.00 Kehadapan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Hj. Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan merangkap Tengku Temenggong Kelantan diiringi oleh YABrs. Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan MAIK, Tenaga Nasional Berhad dan Bank Rakyat.

Diharapkan semoga Tenaga Nasional Berhad dan Bank Rakyat ini terus kukuh di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatannya diberkati dan semoga bayaran zakat yang dilaksanakan ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis pesembahan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh YBrs. Al- Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah, Pegawai Baitulmal, MAIK.

 

Disediakan oleh : Wan Fadhlina Binti Wan Yusuf

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini981
Kelmarin3328
Minggu Ini17461
Bulan Ini107635
Jumlah Pengunjung22992239