faq lokasi aduan peta


BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYERAHAN WAKAF KATIL MENERUSI WAKAF KESIHATAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Pada 12 Oktober 2020, Unit Wakaf MAIK telah menyantuni seorang pesakit iaitu Puan Siti Rahmah Bt Mohd Nor yang tinggal di Kampung Chempaka, Kota Bharu. Puan Siti Rahmah telah diuji dengan penyakit tibi tulang, lumpuh dan terlantar. Bagi mengurangkan beban yang dihadapi oleh Puan Siti Rahmah, sebuah Katil Wakaf telah disampaikan selain daripada bantuan bulanan MAIK untuk memenuhi keperluan beliau.

Pada hari yang sama, Unit Wakaf MAIK turut menyantuni seorang lagi pesakit terlantar iaitu Puan Hasmah bt Mat Hassan yang tinggal di Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu. Beliau telah diuji dengan lumpuh terlantar, menderita sakit radang sendi, kencing manis, serta darah tinggi. Semoga dengan bantuan Katil Wakaf MAIK dan bantuan bulanan agihan zakat MAIK akan mengurangkan beban beliau serta keluarganya.

Pihak MAIK mendoakan semoga Puan Siti Rahmah Bt Mohd Nor, Puan Hasmah bt Mat Hassan diberi kesembuhan, dan seluruh keluarganya sentiasa dalam rahmatNya. Pihak MAIK turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rakan Waqaf MAIK yang telah berwakaf dan menjayakan program Wakaf Kesihatan MAIK ini. Jom sertai Rakan Waqaf MAIK dengan melayari www.e-maik.my dan waqaftunai.e-maik.my. Waqaf Tunai MAIK "Saham Akhirat, Berwakaflah Walau Sedikit".

 

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2403
Kelmarin2634
Minggu Ini12477
Bulan Ini102651
Jumlah Pengunjung22987255