faq lokasi aduan peta


BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM AGIHAN DAGING KORBAN KEPADA KETUA ISI RUMAH MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 1441H

Pada tahun 2020 bersamaan 1441H, sambutan hari raya Aidiladha diraikan dengan kesederhanaan oleh seluruh rakyat Islam Malaysia amnya dan negeri Kelantan khususnya akibat daripada penularan penyakit Covid 19 yang melanda dunia.

Walaubagaimanapun, program ibadat qurban dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran hambaNya diatas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan wabak ini.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah menyumbangkan sebanyak 71 ekor lembu untuk menggagihkan daging korban bermula pada 10 Zulhijjah 1441H sehingga 14 Zulhijjah 1441H di lapan (8) buah lokasi pos Orang Asli.

BIL

LOKASI

BILANGAN SEMBELIHAN

TARIKH

PENYUMBANG

1

Pos Hendrop

3 ekor

10 Zulhijjah 1441H

MAIK

2

Pos Bihai

6 ekor

10 Zulhijjah 1441H

Qariah Masjid Bukit Damansara

Yayasan Al-Khalifah

3

Pos Lebir

10 ekor

11 Zulhijjah 1441H

Pertubuhan Asnaf Global

UIAM

4

RPS Kuala Betis

26 ekor

11, 12 dan 13 Zulhijjah 1441H

Qariah Masjid Bukit Damansara

5

Pos Tuel

6 ekor

12 Zulhijjah 1441H

Qariah Masjid Bangsar

6

Pos Brooke

9 ekor

13 Zulhijjah 1441H

MAIK

7

Pos Kuala Lah

8 ekor

14 Zulhijjah 1441H

MAIK

UIAM

8

Pos Sungai Rual

3 ekor

14 Zulhijjah 1441H

MAIK

Sumbangan daging korban ini telah diagihkan kepada 4,100 Ketua Isi Rumah Orang Asli di seluruh negeri Kelantan melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan. Jumlah sumbangan agihan tersebut adalah termasuk agihan kepada Ketua Isi Rumah Orang Asli yang bukan Islam. Secara tidak langsung dakwah bil hal telah berlaku kepada mereka yang masih belum memeluk Islam dengan mengenali keindahan dan kelebihan agama Islam yang tidak mengira agama dan kaum lain.

Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat terutamanya kepada penyumbang daripada Qariah Masjid Bukit Damansara di atas sumbangan sebanyak 30 ekor lembu korban. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan berterusan dalam menegakkan syiar Islam di negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.

 

Disediakan Oleh : Siti Farahida Bt Fauzi

 

flickr
www.flickr.com
                   

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini100
Kelmarin3127
Minggu Ini17683
Bulan Ini8813
Jumlah Pengunjung24124264