faq lokasi aduan peta


BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROMOSI ZAKAT BULAN JULAI HINGGA NOVEMBER BAGI TAHUN 2020

Unit Zakat MAIK telah mengadakan promosi zakat sepanjang bagi bulan Julai hingga November 2020 di seluruh Negeri Kelantan dengan mendapat persetujuan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta yang terlibat. Promosi zakat melibatkan taklimat zakat, pembukaan kaunter luar zakat dan juga menyediakan perkhidmatan Van Zakat Bergerak MAIK bagi memberi kemudahan pengiraan zakat, pertanyaan kemusykilan berkaitan hukum zakat, pembayaran zakat dan pengedaran pamplet zakat serta borang potongan gaji zakat MAIK.

Jenis Promosi : Taklimat Zakat

  • Amil Lantikan MAIK Bil 2 2020
  • Persatuan Seri Kandi Malaysia
  • Persatuan Mahabbah Malaysia
  • IPD Tumpat
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Machang
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh
  • Pejabat Tanah dan jajahan Kuala Krai
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Lojing
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok
  • Amil Lantikan MAIK Bil 3 2020
  • 1 RS Betalion Pertama Tanah Merah
  • SMK Kota Bharu
  • Ko Ummah Berhad
  • Felda Chiku 3,5 & 6 Gua Musang
  • Felda Chiku 7 Gua Musang
  • Felda Perasu Gua Musang
  • Felda Aring 1 Gua Musang
  • Felda Kemahang 1 Tanah Merah
  • Felda Kemahang 3 Tanah Merah
  • Air Kelantan
  • Ppd Kota Bharu

Jenis Promosi : Kaunter Luar

  • RS Betalion Pertama Tanah Merah

Jenis Promosi : Van Bergerak MAIK

  • Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Machang
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh
  • Pejabat Tanah dan jajahan Kuala Krai
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Lojing
  • Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok
  • Masjid Assalam, Pengkalan Chepa
  • Dewan Jubli Perak
  • KO Ummah Berhad
  • PPD Kota Bharu
  • Felda Chiku 3,5 & 6 Gua Musang
  • Felda Chiku 7 Gua Musang
  • Felda Perasu Gua Musang
  • Felda Aring 1 Gua Musang
  • Felda Kemahang 1 Tanah Merah
  • Felda Kemahang 3 Tanah Merah

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan yang menggalakkan daripada jabatan-jabatan ini kerana para pembayar tidak mempunyai masa untuk ke kaunter zakat MAIK kerana kekangan masa bekerja. Pihak MAIK juga akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pembayar dan juga masyarakat sekitar bagi turut sama membantu Unit Agihan Zakat untuk menyebarkan maklumat berkaitan bantuan-bantuan zakat yang telah dilaksanakan kepada asnaf yang layak.

Program promosi zakat ini akan terus dijalankan sepanjang tahun dengan penglibatan daripada jabatan-jabatan lain di seluruh Negeri Kelantan dan semoga mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai pihak bagi mempromosikan kegiatan kutipan dan agihan zakat MAIK.

 

Disediakan Oleh :Wan Fadhlina Binti W.Yusuff

 

flickr
www.flickr.com

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1746
Kelmarin2634
Minggu Ini11820
Bulan Ini101994
Jumlah Pengunjung22986598