faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SERAMAI 200 ASNAF TERIMA AGIHAN FIDYAH DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Alhamdulillah hari ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyempurnakan agihan fidyah tahun 1442/1443H bersamaan tahun 2021 kepada 200 penerima.

Agihan berkenaan yang berlangsung di pekarangan pejabat MAIK, telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Sumbangan tersebut turut diagihkan oleh Al-Fadhil Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan dan juga Al-Fadhil Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK.

Semoga agihan sumbangan berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu para penerima menampung perbelanjaan mereka. Para penerima diberikan wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang.

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada ALLAH SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

MAIK juga menyediakan sistem e-Fidyah untuk memudahkan orang ramai membayar fidyah secara atas talian.

Orang ramai boleh klik pada pautan ini untuk urusan pembayaran fidyah secara atas talian:

Sama-samalah kita membayar fidyah bersama MAIK supaya lebih ramai lagi yang mendapat manfaat dengan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim setelah menunaikan kewajipan menjelaskan fidyah.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :
- Instagram: https://www.instagram.com/maikkelantan
- Facebook: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
#maik2021
#terimakasihpembayarfidyah
#KamiAda

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini21
Kelmarin2950
Minggu Ini16418
Bulan Ini87792
Jumlah Pengunjung22972396