faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK HULUR BANTUAN KEPADA 228 KIR MANGSA BANJIR DI PPS SMK TENGKU PANGLIMA RAJA, PASIR MAS

Selepas Tumpat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah turun padang ke jajahan Pasir Mas untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Pada 24 Disember 2022, Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong telah menyantuni mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja.

Bersama-sama menyantuni mereka yang berada di sana ialah, YB. Dato' Hajjah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang, YABrs. En Hazmi bin Abdul Hamid, Ketua Jajahan Pasir Mas dan Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Jajahan Pasir Mas adalah kawasan yang paling terjejas teruk akibat banjir di Kelantan pada kali ini dan seramai 228 ketua isi rumah (KIR) penghuni PPS SMK Tengku Panglima Raja telah menerima sumbangan wang tunai daripada MAIK dengan nilaian keseluruhan hampir RM70,000.00.

Seorang penerima, Puan Rosilawati binti Ismail, 40 memberitahu sudah lima hari mereka tumpang berlindung di sini kerana rumahnya di Kampung Kelapa Wangi ditenggelami banjir. Paras air di dalam rumahnya mencecah dua meter pada hari pertama banjir.

Sementara seorang lagi mangsa, Puan Fatimah binti Mat Dollah,48 juga dari kawasan sama menerima nasib serupa.

Kedua-kedua penerima mengucapkan terima kasih atas keprihatinan MAIK dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Semoga bantuan disampaikan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada para penerima yang kebanyakkan mereka mengalami kerosakkan harta benda akibat air naik dengan mendadak.

#MAIK2022

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1148
Kelmarin2661
Minggu Ini18799
Bulan Ini30085
Jumlah Pengunjung24145536

A- A A+