faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

WANG ZAKAT BANTU SUAMI OKU JAGA ISTERI SAKIT

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pembayar zakat MAIK kerana telah meringankan beban seorang warga emas, Mohd Zain bin Merah, 82, menjaga isterinya yang sakit di Kampung Dangar, Pasir Mas.

Abe Zain juga merupakan OKU yang mana kaki kirinya telah dipotong sehingga paras lutut akibat penyakit dihadapinya sejak setahun lalu.

Cabaran juga buat Abe Zain. Dia menghidap kencing manis dan darah tinggi. Dalam masa sama, dia perlu memberi perhatian kepada isterinya yang berumur 70 tahun. Isteri Abe Zain mengalami masalah emosi. Salah seorang anak Abe Zain juga istimewa.

Setakat ini dia bergantung kepada duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan isterinya yang diterima setiap bulan. Duit itu jugalah yang digunakan untuk urusan perubatan Abe Zain.

Sebenarnya keluarga ini sering dibantu oleh MAIK menerusi MASJID SULTAN MUHAMMAD III - BANDAR PASIR MAS. Bagaimanapun, disebabkan musim hujan lebat penghujung tahun ini, para pembayar zakat kami tahu yang Abe Zain perlu dibantu.

Alhamdulillah, pada Isnin lalu, kami diwakili oleh Ustaz Wan Saifuddin bin Wan Abdul Ghani selaku Imam Tua Masjid Sultan Muhammad III, Pasir Mas, bersama Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK telah menyantuni keluarga Abe Zain.

Mewakili pembayar zakat, kami telah sampaikan bakul makanan dan sumbangan wang tunai. Sekali lagi terima kasih pembayar zakat MAIK. Kami doakan ganjaran pahala berterusan dan ALLAH SWT kurniakan rezeki berlipat kali ganda kepada kalian.

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

#MAIK2023

#TerimaKasihPembayarZakat

#MAIKCaknoSengoti

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1857
Kelmarin2921
Minggu Ini13536
Bulan Ini24822
Jumlah Pengunjung24140273

A- A A+