faq lokasi aduan peta


MAIK ADAKAN SOLAT SUNAT ISTISQA’ MOHON ALLAH SWT TURUNKAN HUJAN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengadakan Solat Sunat Istisqa’ bagi memohon hujan berikutan kemarau yang teruk melanda negeri ini.

Seramai 500 jemaah menyertai solat sunat di Dataran Masjid Muhammadi Kota Bharu pada hari ini bersamaan 29 April 2024 yang diimamkan AF. Ustaz Hairul Azizi bin Mokhtar, Imam Tua 1 Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Jemaah terdiri daripada Pengurusan MAIK, Pegawai-Pegawai MAIK, Imam-Imam Masjid dan juga para penduduk sekitar.

Solat yang diadakan jam 8.30 pagi tadi turut disertai, Yang Amat Berusaha, Dr. Hasnan bin Ramli, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berusaha, Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan AF. Imam Besar Negeri Kelantan, Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah.

Selepas solat, AF. Ustaz Nik Mohd Afif Azhan bin Nik Mohd Naidi, Imam Tua 2 Masjid Muhammadi Kota Bharu telah menyampaikan Khutbah Khas Solat Sunat Istisqa’.

Khutbah menyentuh agar kita sebagai hamba Nya hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada ALLAH SWT dan menghadapi ujian ini dengan penuh keredhaan.

Mimbar juga mengajak sidang jemaah sekalian untuk bermuhasabah dengan menerima ujian ini sebagai akibat daripada kelalaian diri kita dalam mematuhi perintah dan meninggalkan larangan ALLAH SWT.

YA ALLAH! berilah kepada kami cucuran dengan hujan yang lebat dan menyeluruh. YA ALLAH! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah jadikan kami orang-orang yang berputus asa. YA ALLAH jauhkanlah hamba-Mu, negeri, binatang ternak dan semua makhluk dari kehidupan yang dalam kesempitan dan kesukaran.

Tiada tempat untuk kami mengadu selain kepada-Mu. YA ALLAH! Tumbuhkanlah kepada kami tanaman dan lenyapkanlah dari kami segala kelemahan.

Curahkanlah kepada kami berkat dari langit dan tumbuhkanlah kepada kami berkat dari bumi. YA ALLAH! Lenyapkanlah dari kami bala dan bencana. Tiada yang dapat menyingkirkannya melainkan dengan izin Allah swt.

YA ALLAH! Kami memohon keampunan-Mu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan yang lebat dari langit-Mu.

YA ALLAH! Berilah minuman kepada hamba-hamba-Mu dan binatang ternak. Sebarkanlah rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati. Amin.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pihak MAIK juga menggalakkan kesemua masjid di seluruh Kelantan untuk mengadakan Solat Sunat Istisqa’ sekiranya keadaan cuaca panas keterlaluan masih berpanjangan.

Sebelum ini, terdapat beberapa masjid telah mengadakan Solat Sunat Istisqa’ bersama penduduk kampung di kawasan masing-masing.

Sama-sama kita berdoa ke hadrat Ilahi semoga hujan yang bermanfaat membasahi bumi Kelantan.

 

 

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini366
Kelmarin2795
Minggu Ini29609
Bulan Ini366
Jumlah Pengunjung44169053