PENGENALAN :
Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi menampung perbelanjaan dan keperluan menyambut hari raya Aidilfitri.
Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi menampung perbelanjaan dan keperluan menyambut hari raya Aidilfitri.
KATEGORI ASNAF : Fakir, miskin dan muallaf
SYARAT-SYARAT:
- Beragama Islam.
- Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
- Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
- Salinan kad pengenalan / surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan.
- - Bagi kes pemohon yang tiada kad pengenalan, sertakan salinan passport.
- - Bagi kes pemohon yang tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri, sertakan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan.
- Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif; Maybank/CIMB/Bank Islam/Bank Rakyat/Ambank.
- Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan).
- Salinan slip gaji/penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan/swasta atau pengesahan pendapatan (disahkan oleh imam masjid bandar/jajahan/ mukim) sekiranya tiada slip gaji.
- Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan).
- Surat pengesahan mastautin yang disahkan oleh imam masjid bandar/jajahan/mukim sahaja jika tiada sebarang dokumen pengenalan diri (boleh dapatkan di Portal MAIK).
KADAR BANTUAN:
Kadar bantuan minimum RM500.00 sehingga maksimum RM3,000.00

Kadar bantuan minimum RM500.00 sehingga maksimum RM3,000.00

KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
- Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi portal rasmi MAIK di eAgihan.
- Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan).
- Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-agihan MAIK.
- Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak.
- Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah kecuali bagi kes-kes tertentu.
- Bantuan hanya dibayar pada bulan Ramadhan.
CARA BAYARAN
Pembayaran akan dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT).
Pembayaran akan dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT).
