SYARAT-SYARAT AM MEMOHON :
- Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
- Beragama Islam.
SYARAT-SYARAT KHUSUS MEMOHON :
- Merupakan bantuan untuk sebuah rumah yang dibina baru dan bukannya untuk membaiki rumah yang sedia ada.
- Penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin. Keutamaan diberikan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).Tanah milik sendiri atau milik ibu bapa sahaja (akuan sumpah kebenaran). Tanah kerajaan adalah tidak dibenarkan.
- Mempunyai tanggungan yang ramai.
- Borang akuan sumpah boleh dimuat turun dari laman sesawang e-Agihan
CARA UNTUK MEMOHON :
Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan. Bagi pemohon yang layak menerima zakat, pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Penggawa Daerah atau Masjid Negeri, Bandar dan Jajahan yang berhampiran dengan membawa dokumen lengkap seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan pasangan / sijil perakuan cerai / sijil kematian
- Salinan kad pengenalan / sijil kelahiran anak dan tanggungan
- Penyata atau pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan
- Salinan geran tanah penama sendiri / ibu bapa (akuan kebenaran bersumpah)
*Sekiranya ada penama dalam geran tersebut yang telah meninggal, maka pemohon hendaklah menyelesai Pembahagian Harta Pusaka (notis pusaka) terlebih dahulu bagi melayakkan permohonan. Ini bermaksud semua penama dalam geran tersebut mestilah yang masih hidup.
*Sekiranya ada penama dalam geran tersebut yang berstatus Pemegang Amanah maka pemohon juga tidak layak untuk memohon.
