faq lokasi aduan peta


MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID AS-SALAM

MASJID JAJAHAN : MASJID AS-SALAM

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid As-Salam merupakan salah sebuah masjid dalam kategori Masjid Bandar Kota Bharu. Ia tertakluk dibawah seliaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Masjid ini juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia 21 buah masjid mukim di sekitar Pengkalan Chepa.

Masjid ini dibina pada awal tahun 1980 di atas sebidang tanah seluas 3 1/2 ekar (Ihsan dari Kementerian Pertahanan Malaysia) dan mula digunakan pada tahun 1983. Pada peringkat awal, masjid ini dikendalikan oleh 2 orang ustaz dari Jabatan Penjara Malaysia (secara kontrak) iaitu Al- Fadhil Ust. Hj. Mahmood bin Hj. Ibrahim sebagai Imam Tua dan Al-Fadhil Ust. Hj. Said bin Dato’ Hj. Mohd Noor sebagai Imam Muda. Keadaan ini menyebabkan masjid ini kini lebih dikenali sebagai ‘Masjid Penjara’.

Kemudian masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1985. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Datuk Musa Hitam (Timbalan Perdana Menteri pada masa itu) dan namanya kemudian dimasyhurkan sebagai Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa. Pihak MAIK kemudian melantik Tn. Hj. Hassan bin Musa sebagai Imam Tua dan Tn. Hj. Said bin Dato’ Hj. Mohd Nor sebagai Imam Muda.

Pada tahun 1993, bagi menampung bilangan jemaah yang semakin ramai, masjid ini telah diperbesarkan dengan membina ruang solat 2 yang boleh menampung seramai 2500 orang jamaah. Kemudian pada tahun 1996, sebuah lagi bangunan tambahan dibina bagi menampung 500 orang ahli jemaah. Pada hari ini masjid ini boleh menampung seramai 5500 orang jemaah pada satu-satu masa.

Masjid As-Salam terletak lebih kurang 8 km daripada Bandar Kota Bharu, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Kubang Kerian. Ia juga terletak hanya 3 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Kedudukannya yang strategik dalam kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa yang sedang pesat membangun, juga dengan dikelilingi oleh sekolah rendah dan menengah, sekolah berasrama penuh dan pusat pengajian tinggi, menyebabkan persekitaran masjid ini mempunyai penduduk yang padat.

  • MASJID BANDAR : MASJID AS-SALAM
    Taman Orkid,
    16100 Kota Bharu,
    Kelantan

  • Telefon : +609 774 4091

  • Emel : mbkj_alsalampc[at]e-maik[dot]my

  • Facebook : Masjid As-Salam Pengkalan Chepa

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2201
Kelmarin2950
Minggu Ini18598
Bulan Ini89972
Jumlah Pengunjung22974576