faq lokasi aduan peta


MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID BANDAR GUCHIL

MASJID JAJAHAN : MASJID TG. MUHAMMAD FA-IZ PETRA GUA MUSANG

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang dibina pada 19 Oktober 1988 dan siap sepenuhnya pada 11 Mac 1991. Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui agensinya KESEDAR telah memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta bagi membina dan menyiapkan bangunan ini.

Masjid ini telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra pada 15 Januari 1995 bersamaan 13 Syaaban 1415H. Pada 4 April 1999 masjid ini dengan rasminya dijadikan masjid Jumaat bagi Mukim Bandar Baru Gua Musang sekaligus sebagai Masjid Jajahan.

Masjid Tengku Muhammad Fa-iz Petra terletak di Bandar Baru Gua Musang dan berdekatan dengan pejabat-pejabat kerajaan. Keluasan tapak masjid ini ialah 4.85 hektar.

Masjid ini terletak di laluan jalan utama dari Gua Musang ke Kuala Lumpur. Masjid ini bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk sekitar dan kakitangan-kakitangan kerajaan berdekatan, malahan menjadi tempat tumpuan persinggahan musafir-musafir yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur atau sebaliknya.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2029
Kelmarin2622
Minggu Ini6944
Bulan Ini78318
Jumlah Pengunjung22962922