faq lokasi aduan peta


MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID SULTAN MUHAMMAD I

MASJID JAJAHAN : MASJID SULTAN MUHAMMAD 1, JELI

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Sultan Muhammad I merupakan masjid Jajahan yang terletak di Bandar Jeli. Masjid ini telah dibina pada awal tahun 1982 atas inisiatif pihak KESEDAR dan penduduk setempat. Masjid ini telah siap dibina dan digunakan dalam tahun 1985 dengan kos perbelanjaan lebih kurang RM200 ribu.

Masjid ini telah mengalami beberapa kali pertambahan dan pengubahsuaian, sebelum yang terakhir pada tahun 2005.

Struktur bangunan Masjid Sultan Muhammad I yang mempunyai ruang yang luas dapat dimanfaatkan oleh ahli jemaah dan juga para pelajar sekolah di sekitar masjid bagi beribadat disamping duduk beriktikaf di masjid. Selain itu, sebuah pejabat imam telah disediakan untuk memudahkan urusan dengan ahli jemaah dan anak mukim dalam setiap hal yang berkaitan dengan hal ehwal masjid, zakat, motivasi dan kaunseling. Pada 2014, pertukaran nama Masjid Bandar Jeli telah diputuskan kepada Masjid Sultan Muhammad I oleh MAIK.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini73
Kelmarin2950
Minggu Ini16470
Bulan Ini87844
Jumlah Pengunjung22972448