faq lokasi aduan peta


MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID SULTAN MUHAMMADI III

MASJID JAJAHAN : MASJID SULTAN MUHAMMAD III

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Sultan Muhammad III merupakan Masjid Jajahan yang terletak dalam Jajahan Pasir Mas. Masjid ini telah dibina pada tahun 1937 Masihi atas inisiatif penduduk setempat tentang pentingnya diwujudkan sebuah masjid bagi kegunaan umat Islam di kawasan sekitar khususnya dan untuk umat Islam yang bermusafir yang ingin berhenti rehat dan menunaikan kewajipan kepada Allah S.W.T. Walaubagaimanapun, pembinaannya terhenti akibat tercetusnya Perang Dunia Kedua. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, pembinaan masjid ini diteruskan dengan usaha gotong-royong masyarakat setempat. Akhirnya masjid ini siap dibina dan digunakan dalam tahun 1952 dengan kos lebih kurang RM 31 ribu.

Masjid ini menyediakan sebuah perpustakaan mini (Kutub Khanah) untuk kemudahan ahli jemaah dan para pelajar sekolah di sekitar masjid, bagi mengisi masa lapang mereka di samping duduk beriktikaf di masjid selain menambah ilmu pengetahuan. Pelbagai bahan bacaan ilmiah dan kitab-kitab rujukan terdapat di perpustakaan tersebut. Disamping itu juga, sebuah pejabat imam telah dibina untuk memudahkan urusan dengan ahli jemaah dan anak mukim dalam setiap hal yang berkaitan dengan hal ehwal masjid serta lain-lain perkara. Pada April 2006, kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian telah dimulakan dan selesai sepenuhnya pada bulan Disember 2006.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini211
Kelmarin2628
Minggu Ini13703
Bulan Ini66617
Jumlah Pengunjung24182068